Thursday, February 23, 2012

Diari hati


Bukan dipinta untuk kecikan ujian, tapi meminta untuk perbesarkan Iman

Jantung terasa luruh bagaikan dipanah petir. Bagaikan hendak menjerit sekuat hati, biarkan satu dunia yang tahu. Butiran jernih mengalir deras di pipi. Perasaan sedih berbaur terkejut. Telefon bimbit yang digenggam terjatuh dan berkecai. Dia masih tak percaya dengan berita yang baru didengar sebentar tadi. Dia menampar-nampar pipi sendiri supaya berada berada di dunia yang nyata dan bukan bermimpi. Sedar. Dia sedang berpijak di bumi yang nyata. Bukan khayalan. Bukan ilusi. Badan sudah mula longlai, mata terasa gelap. Lutut lemah. Rasa diri dah tak stabil. Bagaikan ditolak halilintar. Akhirnya dia tewas. Shut down.

Setelah sedar, dia melihat sekeliling. Bingkas bangun. Bingung. Kepala masih berdenyut-denyut. Terasa bagaikan dihempas dengan batu. Tanganya meraba-raba untuk mencari cermin mata. Cermin mata dipakai dan ditolak ke atas hidung. Dia termenung memikirkan apa yang sedang berlaku. Cuba berdiri. Jatuh semula. Mata masih berpinar setelah pengsan tadi. Kelihatan dari jauh, gadis bertudung biru berlari datang ke arahnya. Gadis tersebut terus memeluknya sambil menangis teresak-esak. Dia masih bingung. Rasa bagaikan orang yang hilang akal. Dalam hati terdetik mengapa Lisa berada kat sini.

‘Mia, sabar. Setiap yang hidup pasti akan menemui mati’. Suaranya halus dan tersekat-sekat membisik ke telinga. Gadis berbaju biru itu Lisa. Hidungnya merah kerana menangis.

Rasa bagaikan hendak tumbang untuk kali kedua. Dia gagahi jua segala kudrat yang ada untuk kuat. Fikiran berpusing ligat memikirkan apa yang sedang berlaku sebentar tadi. Kosong seketika. Diimbas kembali apa yang sedang terjadi. Tangan di raup ke muka. Butiran jernih sekali lagi mengalir laju ke pipi.
Sekarang baru dia sedar. Sewaktu keluar dari kedai runcit, tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon. Suara adik tersekat-sekat di hujung talian. Hati Mia berdegup kencang sewaktu mendengar tangisan dan suara adik yang tersekat-sekat . Dia dapat merasakan satu musibah yang maha dasyat sedang berlaku di rumah.

“Adik, nape nie?istighfar, ceritakan pada akak”. Dia memberanikan diri untuk dengar berita dari adiknya. Walaupun, dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kencanganya jantung berdegup.
“Along, mak dah takde.”. Suara adik melepaskan tangisan dengan kuat di hujung talian. Dunianya gelap. Bumi yang dipijak terasa diawang-awangan. Shut down.
Dia bagaikan mati kutu. Bingung. Rasa bagaikan sekejap tadi, bergelak ketawa dengan mak.


“Mak dah takde” . Masih terngiang-ngiang di telinga cuba untuk mengingati dengan jelas. Terasa cukup pedih dengan kata-kata tersebut. Rasa ditampar hebat. Perit untuk menelan kata-kata tersebut.

Kembali ke dunia realiti.

Rasa bagaikan sekejap tadi, aku bergurau senda dengan mak. Rasa bagaikan sekejap tadi, mak peluk aku. Rasa bagaikan sekejap tadi aku cium pipi mak. Rasa bagaikan sekejap tadi aku tengok mak buat kerja rumah. Bayangan wajah mak dan kenangan aku bersama mak berlegar-legar di benakku.

Ya Allah, beratnya ujian yang engkau timpakan padaku. Batinku menjerit. Hanya pada Tuhan aku berserah. Mak terlalu awal meninggalkan kami adik-beradik.
Bahuku disentuh. Tanpa memandang wajah, aku hanya menoleh pada tangan yang cukup aku kenal. Tangan penuh kedutan yang telah berusaha keras mencari sesuap nasi untuk kami adik- beradik.

Lelaki tua itu berada di sebelahku. Ayah. Aku masih tidak menoleh padanya. Aku menundukkan kepala sedalam-dalam. Aku tak mampu untuk memandang wajah ayah. Aku sangat memahami perasaan ayah waktu itu. Ayah juga terkejut seperti aku di atas pemergian emak. Mak pergi tanpa di duga. Mak sihat. Mak tiada tanda-tanda sakit. Bagaikan tak percaya, mak dah tiada. Kami sangat terkejut bila mendapat tahu, mak mengidap sakit jantung sudah setahun. Bagaikan luruh jantung kami bila mendapat tahu mak ada sakit jantung. Semua masih bingung dan tak percaya atas pemergian mak.

Mak seorang ibu yang cukup tabah dan hebat. Sungguh mulia hati emak. Mak tanggung derita sakit sorang-sorang tanpa tiada seorang pun diantara kami yang tahu, termasuk ayah. Mak berpura-pura sihat di hadapan kami, sebenarnya mak mengaduh sakit di belakang kami. Mak berlakon gembira di hadapan kami, sebenarnya mak sedang menderita sakit. Ya Allah, rasa hidup kosong tanpa mak. Rasa nak pegi dengan mak. Hidup tak bermakna lagi tanpa mak. Rasa nak tinggalkan dunia ni, nak pergi ikut mak.
Makk......batinku menjerit. Ayah masih lagi membisu sejak tadi. Riak wajah ayah cukup meruntun jiwa. Tak sanggup aku pandang wajah tua itu. Aku kena kuat. Aku menyuntik semangat untuk diri sendiri. Aku gagahkan diri, untuk berpura-pura kuat. Aku menenangkan perasaan adik beradikku yang lain. Cuba untuk mereda tangisan. Aku memujuk mereka supaya redha dengan pemergian mak. Aku berwajah tenang.

“ kita redha mak pergi, supaya mak tenang kat sana. Banyakkan doa untuk mak”. Aku bersuara, berlakon menjadi hero di depan adik beradikku. Tapi dalam hati hanya Allah saje yang tahu.

Aku ke dapur. Air mata tak tertahan juga. Akhirnya aku tewas. Butiran jernih laju jatuh ke pipi. Aku memejam mata sepejam-pejamnya. Aku membisikkan di dalam hati.
“Ya Allah, aku hamba yang lemah. Berilah aku kekuatan untuk aku mengharungi hari-hariku tanpa mak dan juga untuk aku menguatkan semangat adik beradikku. Ya Rahman, aku redha di atas pemergian mak. Aku redha akan takdirMu. Bahagiakanlah mak di sana”.
Aku terus menangis dengan perlahan-lahan. Menahan suara agar tidak didengari. Akhinya tewas jua. Adik menuju ke dapur. Belum sempat aku mengesat air mata, adik bersuara,
“Along nangis?, nape mak tak pernah bagitahu mak sakit jantung. Kalau adik tahu mak sakit jantung, hari-hari adik nak tidur dengan mak, taknak lepas peluk mak, nak jaga mak baik-baik, tak nak buat mak marah lagi..”, kata-kata terpetus di situ. Sebak dan pilu. Adik tidak mampu untuk menyambungnya lagi. Kata-kata adik merentap jantungku. Aku sungguh hiba. kami menangis sambil berpelukan. Pemergian mak sangat mengejutkan. Kami bagaikan layang-layang yang terputus tali.

Aku kena kuatkan diri demi adik-adik. Hidup mesti diteruskan. Semoga mak bahagia di sana. Kita sama-sama jumpe mak di syurga. Mak tunggu ye.
Pukul 2.55 petang, semua bergegas ke kuliah. Aku mengemas barang untuk bergegas ke blok D2. Kuliah bermula pukul 3. Ayat terahkir ditaip

SAYA SAYANG MAK KERANA ALLAH. NANTI MAK TUNGGU KAMI DI SYURGA YE

Noktah

Papan kekunci ditekan ‘shut down’. Komputer ‘off’.laptop ditutup.

Monday, January 9, 2012

stress!


Salam pagi selasa semua. Maaf, dah lama rasanya tak meng-‘update’ blog. Maklumlah urusan dunia yang tak sudah-sudah. Kali ni, saya nak kongsi satu kisah untuk kita semua tidak meremehkan benda yang remeh.
Pernah tak anda jumpa orang yang ikut suka hati dia main redah je?

maksud saya, masuk rumah orang tak bagi salam pastu suka hati dia nak buat ape tanpa rasa bersalah..
Aduh stress.

saya bagi lagi contoh...

Situasi pertama
ada sorang lelaki tetiba masuk ke dalam sebuah makmal yang penghuninya semua perempuan. Lelaki itu memang tidak dikenali dan dia bukanlah penghuni makmal tu. Sedang anda syok buat kerja, tiba-tiba dia datang dan cakap camni “ y u ol ignore me and c me like rubbish?”. Whah..memang pedas dan rasa macam ringan je mulut nak balas..sabar je hati..dahlah masuk tak mintak kebenaran, tetiba datang marah-marah orang sebab tak layan dia..stress..

ish,ish....ishhh....

Situasi kedua
Anda sedang membasuh baju di sinki. Tetiba terdengar suara lelaki seakan menuju ke tandas. Anda pon apalagi, cepat-cepatlah bangun nak ambil tudung (bukan tudung saji). Bila nak capai je tudung, lelaki tu dah pon berada depan mata. Arghhh!!!! .....
Aduh stress....
mak aihh... selamber badak dia je main redah je tempat pomuan..

saya bagi dua situasi yang sangat simple dan ianya sememangnya berlaku pada kita.

So, camne?
sepatutnya kita kenalah berSOPAN dan berADAB ..

1. Bila datang ke tempat orang jangan lupe tuk bagi salam dulu. Tak susah pun dan tak sakit pon jari ketuk pintu tu. Okay?
2. lepas ketuk pintu, tunggu sehingga tuan rumah menjemput masuk.barulah masuk..supaya orang yang di dalam rumah dah bersedia untuk menerima kita.itu namanya sopan ..

3. Kalau di tempat yang penghuninya perempuan, mintakkan kebenaran dulu nak masuk. Jangan main redah je.. yang berpakaian menutup aurat (mengikut syariat) kenalah inform kat kawan-kawan perempuan yang lain..okay?
itu saje dari saya pada kali ni..
Semoga bermanfaat..

Kalau menda simple pon tak leh setel...camne nak setelkan menda yang lagi besar..
Sekian..wassalam..

Sunday, October 16, 2011

Malunya aku padaMu


Tika seluruh alam masih lagi sunyi,
Tika manusia sedang lena dibuai mimpi,
Tika sang rumput masih lagi basah disirami embun,
Tika sang suria masih belum memancarkan sinar,
Ku gagahi diri bangun, untuk sujud menghina diri dihadapanMu

Ya Allah, aku cemburu!
Betapa kerdilnya aku di hadapanMu,
Langit dan bumiMu terbentang seluas mata memandang,
Subhanallah, aku tertunduk malu..
Malu denganMu ya Allah,
Aku malu dengan segala makhluk ciptaanMu,
Aku malu pada pohon-pohon hijau,
Aku malu pada batu-batuan
Kerana ‘mereka’ tidak pernah henti berzikir memujiMu

Tapi aku??
Aku merasa tersindir pada alam sekelilingiku,
Aku merasa tersindir dengan ketaatan makhluk ciptaanMu,
Aku tertunduk malu,
Aku malu Ya Allah,
Aku hanya manusia hina,
Hanya dijadikan dari setitis air mani yang hina,
Aku manusia lalai yang leka dengan arus dunia,
Allahuakbar, lemahnya hambaMu ini,

Ya Allah, aku cemburu!
Aku cemburu kepada mereka,
Mereka yang mempunyai hati yang dipenuhi cinta padaMu,
Mereka yang mempunyai semangat juang yang tinggi,
Mereka yang mempunyai iman yang tebal,
Mereka yang gigih berusaha mencari ilmu,
Mereka yang tanpa jemu menyebarkan kalamMu,
Mereka yang tidak gentar dengan jalan juang yg penuh ranjau,
Mereka yang tak penah kecewa dengan ejekan manusia,
Mereka yang mempunyai semangat jihad yang tinggi,

Kerena apa??
Kerana hati mereka asyik dalam manisnya cintaMu,
Kerana hati mereka tenggelam dalam kasih sayangMu,

Namun aku?
Dalam kesamaran terumbang-ambing mencari jalan,
Jalan untuk aku berubah,
Jalan untuk aku ‘renovate’ sejadah iman yang telah koyak,
Jalan untuk aku membersihkan sekeping hati ,
Hati yang penuh dengan titik-titik hitam,

Aku perlukan kekuatan dariMu Allah,
Kekuatan untuk aku mengatur langkah hidupku,

Agar aku tidak kecundang dgn arus dunia,

Tetapi aku sedar,

Perjuangan seorang hamba bukan mudah,
Ianya bukan dihampar dengan permaidani indah,
Tapi dipenuhi dgn jalan yang berduri.
Aku menadah tangan menghina diri dihadapanMu,
Aku merayu dan mengemis kepada-Mu,
Agar diampunkan segala dosa-dosaku,
Agar dihadiahi walau setitis cinta dariMu,
Ya Robbi berikanku kekuatan agar aku menjadi hamba yang disayangiMu.

Wednesday, October 5, 2011

bermula episod baru


Alhamdulillah...hingga hari ini aku masih dapat lagi menghirup oksigen Allah tanpa bayaran sekalipon. Sepanjang hidupku, Allah bagi nikmat pada aku secara percuma, banyak mana yang aku bersyukur padaNya sepanjang aku guna nikmatNya?..Allahuakbar.. Jika dihitung segala nikmat yang Allah kurniakan pada aku, tak mampu aku membayarnya. Subhanallah, Maha kayanya Allah. Aku taknak tergolong dalam manusia yang kufur nikmat.

Bermulanya episod dalam kehidupan. Realiti sebenar tak sama dengan apa yang kita sangkakan. Apa yang kita buat selama ini retorik!! ia tak sama! tarbiyyah bukan lakonan!..Tarbiyyah sebenar perlu ditempuh dengan cabaran dunia yang sebenar.. Bangunlah dari tidur, bangunlah dari mimpi yang indah..
Kisah yang sekian lalu menerjah di benak fikiranku. Aku sangat bersyukur atas hidayah yang Allah berikan padaku dalam keadaan yang tidak disangka-sangka.Maha pemurahnya Allah! Aku melalui jalan tarbiyyah dalam keadaan diriku yang benar-benar jahil. Jahil dengan ilmu, jahil tentang agama jahil tentang segalanya..Ya, setinggi mana pon darjat seseorang manusia itu, ianya tetap HAMBA yang LEMAH di sisi Allah.
semua orang jahil! jahil tentang agama, jahil tentang iman, jahil dengan ilmu...
Sedangakan, itulah sebenar-benar bekalan yang akan dibawa ke akhirat nanti!!
Allah...sungguh hina manusia ini!
siapa manusia? dia?. kamu?..aku?...semua??
Ya , sape lagi!
Tapi hidup mesti diteruskan..adakah selamnya inginkan kehidupan dalam kejahilan. Terumbang-ambing mencari panduan. Matlamat tiada penghujung, selagi mana manusia masih bernafas. Teruskan perjalanan dengan gagahi segala kudrat yang ada. Maksimumkan penggunaan nikmatNya ke jalan yang benar..kerana aku ada sahabat dan teman seperjuangan..yang menuju matlamat yang sama, berakidahkan tauhid yang sama dan bertuhankan Allah yang satu!

Justeru, bangkitlah!! proaktiflah, !
Pada mulanya mungkin kita hanya mampu merangkak, namun bila semakin selesa kita merangkak, seakan dipercepatkan untuk berjalan.. semakin selesa kita berjalan, seakan diminta untuk berlari, ..semakin selesa kita berlari, seakan diminta untuk kita terbang, ..

ingatlah, semakin dekat kita sampai ke titk yang penting...semakin banyak dugaan dan cabaran yang dilalui...semakin banyak ujina, semakin cepat kita berjalan..berlari dan terbang...ingatlah, setiap marhalah ada ujiannya,...
semoga kita menjadi penggerak yang aktif!!

Thursday, August 4, 2011

Yang terdetik itu pemusnah segalanya.



Nabi SAW bersabda, ertinya: “Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri.” (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)

Ada yang terdetik di sudut hatinya: “aku hebat, boleh bercakap di khalayak ramai dan berani ke hadapan”,
Dia ingat, dia banyak ilmu. padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih tinggi ilmunya kerana hatinya tawadduk kepada Allah dan tidak suka menunjuk-nunjuk di hadapan manusia. Tiada manusia yang di atas muka bumi ini yang mampu mengukur sejauh mana kualiti amalannya disisi Allah melainkanNya, Azza Wa Jalla.
Ada yang terdetik: “Aku hebat kerana berani berjuang untuk Islam, aku telah banyak berkorban untuk Islam”
Sedangkan dia lupa, ramai lagi yang lebih lama berjuang daripadanya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani daripada dirinya..

Ada yang tedetik “Dahsyatnya aku, sibuk betul dalam jemaah, dakwah dan perjuangan. Setiap hari hadir kuliah-kuliah agama dan terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain” Sehingga mereka merasakan hanya dialah yang berjasa dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Dan jika, di laman sosial ‘facebook’ ada yang terdetik “ gembiranya, ada yang klik button ‘like’ post aku.. subhanallah..sedarkah kita, itu juga merupakan titik kepada riak.



Marilah kita sama-sama mengkoreksi diri. Sedarlah kita bahawa, yang terdetik itu adalah pemusnah segala amal kebaikan yang telah kita lakukan.

Kita renungkan kembali pesanan baginda rasulullah kepada umatnya dimana, rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.

Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.

Allah is my love