Aku adalah anak2 panah islam. Campakkanlah aku ke mana-mana sahaja.Aku tetap akan berjuang demi Islam! ~fantasi jadi realiti
Thursday, August 4, 2011
Yang terdetik itu pemusnah segalanya.
Nabi SAW bersabda, ertinya: “Tiga pemusnah (amalan) ialah kebakhilan yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan berasa agung dan hebat dengan diri.” (Riwayat al-Bazzar dan at-Tabrani, Hadis Hasan: Albani)
Ada yang terdetik di sudut hatinya: “aku hebat, boleh bercakap di khalayak ramai dan berani ke hadapan”,
Dia ingat, dia banyak ilmu. padahal dia lupa ada yang serupa dengannya, malah jauh lebih tinggi ilmunya kerana hatinya tawadduk kepada Allah dan tidak suka menunjuk-nunjuk di hadapan manusia. Tiada manusia yang di atas muka bumi ini yang mampu mengukur sejauh mana kualiti amalannya disisi Allah melainkanNya, Azza Wa Jalla.
Ada yang terdetik: “Aku hebat kerana berani berjuang untuk Islam, aku telah banyak berkorban untuk Islam”
Sedangkan dia lupa, ramai lagi yang lebih lama berjuang daripadanya, malah ada yang terkorban. Jauh lebih berani daripada dirinya..
Ada yang tedetik “Dahsyatnya aku, sibuk betul dalam jemaah, dakwah dan perjuangan. Setiap hari hadir kuliah-kuliah agama dan terlalu sibuk memberi manfaat dan berdakwah kepada orang lain” Sehingga mereka merasakan hanya dialah yang berjasa dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Dan jika, di laman sosial ‘facebook’ ada yang terdetik “ gembiranya, ada yang klik button ‘like’ post aku.. subhanallah..sedarkah kita, itu juga merupakan titik kepada riak.
Marilah kita sama-sama mengkoreksi diri. Sedarlah kita bahawa, yang terdetik itu adalah pemusnah segala amal kebaikan yang telah kita lakukan.
Kita renungkan kembali pesanan baginda rasulullah kepada umatnya dimana, rasulullah SAW mengajar kita untuk sentiasa mencari dan memikirkan amalan dan kehebatan mereka yang lebih daripada kita dalam hal keagamaan, manakala dalam hal dunia segeralah melihat mereka yang lebih kurang bernasib baik, dengannya kita akan sentiasa mensyukuri nikmat-Nya.
Ya Allah, diminta jauh daripada penyakit sebegini di dalam hati kami. Perlu diketahui antara punca penyakit ini adalah pujian yang diperoleh daripada sesuatu amal yang dijalankan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam adik akak rehan yg disayangi kerana Allah, syukran atas peringatan yg sungguh bermakna :)
ReplyDeletesalam,...subhanallah,...terima kasih atas peringatan,....
ReplyDeletesyukran shbt..sama-sama kita memberi peringatan.smoga kita sentiasa berada dalam kasih sayang Allah..
ReplyDeleteJom jaga hati kita =)
ReplyDelete