Saturday, April 9, 2011

eh, sah ke solat pakai camtu?



“Telekung surau ni kotor laa..camne nak semayang,”
“alamak, saya lupa bawa telekung, nanti saya qada’ aje solat bila sampai bilik,”
hmm..ni lah, antara skrip2 basi yang selalu digunakan oleh kaum hawa, terutamanya bila berada di shopping complex.
Sepertinya solat itu tidak penting, boleh saja diqada’-qada’.Aduhai kaum hawa..

Telekung sembahyang yang menjadi syarat wajib nak sembahyang. Takde telekung, jadi takleh nak solat..
Begitukah??

sebenarnya syarat sah solat, cuma ada 5 perkara:

• Yakin masuk waktu
• Menutup aurat
• Mengadap kiblat
• Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat solat
• Suci daripada hadas kecil dan hadas besar
saya juga tercari-cari kalau la ada syarat sah solat , wajib pakai telekung =), tiada pula dalam list syarat sah solat..

Jadi, wajibkah?
Jadi, mengapa hendak dipersulit dan diperberatkan hukum-hakam Islam yang sebenarnya cukup mudah dan simple.

Yang pentingnya dalam soal berpakaian ketika bersolat ialah menutup aurat dan bersih daripada najis. Apa sahaja pakaian kita, jika memenuhi 2 syarat tersebut, maka tidak perlulah ragu-ragu lagi.Perlu diingat, kotor itu bukan najis TAPI semua najis itu kotor.

Telekung cuma adat, bukan syarat. Majoritinya, hanya wanita-wanita di benua Nusantara yang mengamalkan adat ini. Sememangnya tidak salah bertelekung, malah sangat baik sebenarnya, kerana lebih sopan dan selesa. Cuma jika ia dijadikan sandaran yang akan mencacatkan solat kita, maka itulah prinsip yang amat salah.

Pilihlah mengikut keselesaan dan yang mana lebih mudah. Jika merasakan bertelekung lebih mudah, maka itulah yang terbaik. Bagi saya sendiri, jika solat sehari-harian di di kolej, saya lebih selesa bertelekung. Cuma apabila dalam keadaan tergesa-gesa maka pakaian yang ada sahaja sudah amat memadai. Yang penting, cukup syarat.

"Nampak pelik la kalau tak pakai telekung. Macam tak sempurna je tutup auratnya..”
Untuk persoalan sebegini, mungkin perlu ditanya kembali diri kita. Jika kita merasakan pakaian kita itu tidak cukup sempurna untuk bersolat, jadi, adakah kita sekarang ini tidak menutup aurat..?

~tribute to all kaum hawaku sayang =)

No comments:

Post a Comment

Allah is my love