Monday, August 2, 2010

~ aku amat merinduimu!~


Alhamdulillah… dengan izin Allah dapat juga untuk ana menulis entry yang terbaru pada kali ni ,setelah bertungkus-lumus dalam menyelesaikan urusan duniawi yang tidak tidak pernah selesai , sesungguhnya hanya ajal dan maut sahaja yang bisa menghentikannya.. Dengan ilmu yang sedikit,ana ingin berkongsi beberapa tips untuk kita sama-sama hayati dan amalkan. Bak kata orang, yang banyak kita merasa, yang sedikit kita berkongsi.
Pejam celik pejam celik, kita dah pun berada pada bulan syaaban dan kita telah pun menghampiri bulan Ramadhan. Semoga kita diberi peluang untuk kita bertemu pada bulan Ramadhan yang mulia ini..InsyaAllah. Ulama ada mengatakan bahawa , bulan Rejab ini merupakan kesempatan untuk kita membersihkan diri, manakala bulan Syaaban untuk kita membersihkan hati dan Ramadan pula adalah bulan untuk kita membersihkan jiwa.
BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.

Ingin saya singkapkan kembali kisah tentang generasi awal Islam yang terdahulu, di mana tahap kerinduan serta kecintaan mereka pada Ramadhan amat tinggi menggunung. Ingatkah kita tentang para generasi awal Islam?. Mereka sangat rindu dan nanti-nantikan bulan Ramadhan. Mereka berdoa selama enam bulan sebelum datangnya Ramadhan, agar mereka dipanjangkan umur dan diberi kesihatan tubuh badan untuk bersedia melakukan amal ibadah pada bulan Ramadhan. Bila tiba bulan Ramadhan, mereka bersungguh-sungguh mengejar amal kebaikan dan keutamaan pada bulan Ramadhan. Dan ketika merek berpisah denga bulan Ramadhan, mereke akan berdoa selama enam bulan seterusnya agar kesungguhan mereka diterima Allah Rabbul Izzati. Pernahkah kita terfikir , sebegitu sekali tindakan dan persiapan mereka demi menyambut Ramadhan. Hal ini kerana, kerinduan itu ada pada diri mereka kerana, mereka sedar dna faham tentang keutamaan dan keistimewaan pada bulan Ramadhan. Jadi, mampukah kita mencontohi mereka??
tepuk dada tanya iman..
Firman Allah dalam surah ( Al- Baqarah 2 : 183)
Firman Allah SWT :
“ Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk kita sama-sama amalkan, agar kita sentiasa bertenaga pada bulan Ramadhan.



 Jangan makan terlalu banyak ketika bersahur.
 Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka.
 Jangan kerap makan sepanjang waktu berbuka.
 Banyakkan minum air pada malam hari
 Jangan tidur selepas waktu makan dalam keadaan kenyang.


Amalan yang seperti di atas boleh menyebabkan kita cepat merasa letih dan kurang bertenaga pada siang hari. Puasa yang berjaya adalah yang puasa yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Kejayaan puasa mampu membuahkan hasil jasmani dan rohani yang mantap!
Apa yang perlu kita lakukan adalah:
 Makan makanan ynag mudah dihadam, mengandungi serat dan dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka. Ikuti sunnah Rasulullah, dengan memulak berbuka puasa dengan buah tamar. Ini kerana, buah tamar mengandungi karbohidrat yang tinggi, acid amino, dan juga triptofan yang boleh menenangkan perasaan.
 Kita juga, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka puasa dan bersahur. Ambil peluang puasa kita, untuk berjimat belanja,. Sesungguhnya, membazir itu amalan syaitan..
 Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.
 Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.
 Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan kita dapat mengeluarkan toksik dalam badan yang telah sekian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang.

~ Renung-renungkan dan selamat beramal~

Allah is my love