Friday, January 28, 2011

Umar menangis, kemudian ketawa


Entry kali ni, saya ingin berkongsi suatu kisah yang menarik yang belum pernah saya ketahui kisahnya sebelum ni. Kisah ini dipetik dari ‘ Sejarah Muhammad Bin Abdullah’ tulisan Zulkifli Mohd Yusoff dan Nor NaemahAbd. Rahman.
Dalam satu peristiwa,para sahabat pernah melihat Saidina Umar bin Al-Khattab menangis kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Semua sahabat tidak berani bertanya apa yang telah terjadi pada Umar, kerana beliau terkenal dengan sifatnya yang berani dan tegas.
Akhirnya ada yang berani bertanya, “ Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang kami fahami”,. Kemudian, Umar bercerita. “sebelum datangnya cahaya Islam pada diriku, pernah dahulu aku dan orang-orang kafir Quraisy sangat membenci anak perempuan, kerana dipercayai anak perempuan akan membawa sial dalam keturunan. Ketika aku mendapat berita tentang kelahiran anak perempuanku, saat kelahirannya lagi sudah bermula kebencianku pada anak perempuanku. Aku pendam perasaan benciku yang membuak-buak. Aku sabar sehingga umurnya enam tahun. Dan aku sudah tidak tahan lagi.


Pada suatu hari, aku membawanya ke padang pasir dan menggali lubang. Dia menyangka aku membawanya untuk bermain-main dan berkelah. Oleh sebab itu, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap digali, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main dengannya. Dia juga turut tolong mengibaskan pasir-pasir yang ada pada janggutku serta pakaianku. Tetapi dengan kejam, akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa rasa belas kasihan. Begitulah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad. Kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan, bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan , Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad. Baginda telah meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Aku tersangat bersyukur atas nikmat ini. Itulah sebabnya, apabila kau teringat kisah ini, aku menangis”,


Umar berkata lagi, “ berkenaan mengapa aku tersenyum dan ketawa. Pada suatu ketika, aku keluar dari Bandar Makkah. Apabila keluar dari Bandar Makkah, kami biasanya membawa batu dari Makkah untuk dijadikan sembahan. Tapi, pada hari itu, aku terlupa membawa batu tetapi, aku ada membawa buah tamar. Jadi, aku jadikan berhala daripada kurma. Aku sembah kurma itu. Tika dalam perjalanan, apabila makanan aku habis. Mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian”,

2 comments:

  1. nice entry..enti penah citer pd ana. Teruskan, jgn jemu kongsi sirah ea.

    ReplyDelete

Allah is my love