Wednesday, April 7, 2010

~warisan Ilmuan Islam~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memberi sedikit perkongsian setelah lama menyepi kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan. Semoga segala kesibukan mendapat redhaNya. Entry pada kali ini ,ana ingin berkongsi serba sedikit tentang buku yang telah ana baca , `lembaran hidup ulama’ , yang mana semakin lama, semakin kita lupai tentang kisah hidup pejuang Islam dalam memperjuangkan agama tercinta.
Angin jihad yang bertiup kencang yang menerpa dalam diri beliau tidak pernah padam, malahan makin hangat membara dalam meneruskan perjuangan beliau. Jiwa yang inginkan tertegaknya kebenaran, dan hapusnya kemungkaran yang wujud di muka bumi ini tidak pernah kalah di medan pertempuran.
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG, merupakan seorang pejuang Islam yang hebat. Pemergian beliau ibarat hilangnya sebutir mutiara yang berharga. Patah tumbuh hilang berganti,namun yang datang tidak sehebat yang pergi. Beliau merupakan ulama’ yang warak , memiliki peribadi yang menarik dan pejuang bangsa menentang penjajah di negeriku, Terengganu Darul Iman. Nama sebenar beliau adalah Haji abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir.
Kepesatan perkembangan pondok-pondok pengajian di Terengganu , menimbulkan rasa keinginan beliau untuk mengaji di pondok. Sebelum ke pondok, beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga dalam pelajaran nahu saraf dan fiqh. Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang yang luar biasa kecerdasan akalnya. Sehingga dapat mengajar murid Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga yang lain. Semenjak kecil lagi, sudah terdapat tanda-tanda bahawa beliau akan menjadi tokoh yang terkenal pada suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, beliau berguru pula dengan Haji Wan Musa. Berbekalkan ilmu yang diperolehi, beliau merapatkan diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh. Beliau terpaksa berulang-alik dengan menaiki sebuah perahu dari pondok pengajian ke kediaman beliau. Semua ini dilakukan dengan penuhh kesabaran dan ketabahan . Inilah yang dilalui oleh seorang yang bergelar ulama’. Kemewahan dan kesenagan yang kita kecapi hari ini, tidak dapat dikecapi pada zaman dahulu.
Pada peringkat awal, Haji Abdul Rahman Limbong hanya merupakan khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas seperti menyapu halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayua api, mengisi air kolah di surau dan sebagainya. Sememangnya beginilah cara yang dilalui oleh ulama’ sufi demi peningkatan rohani, melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa, seterusnya menjadi tokoh terkemuka pada zaman mereka. Disebabkan tugas beliau sebagai khadam , jadi kuranglah masa beliau dalam menghadiri majlis pengajian ilmu. Oleh sebab itu, beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh.Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh orang lain. Apabila selesai sahaja pengajian, beliau akan menyembunyikan kitabnya di celah-celah atap surau. Ini menujukkan bahawa kesungguhan beliau untuk belajar dan tidak manu diketahui bahawa belajar bersama-sama muri-murid Tokku Paloh yang lain. Lama kelamaan , kelakuan beliau diketahui oleh Tokku Paloh. Maka, timbul perasaan kesian dan kasih terhadap beliau atas kesungguhan beliau untuk belajar. Akhirnya, beliau diterima untuk menjadi murid Tokku Paloh.
Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang luar biasa , di mana dalam masa yang singkat , beliau telah dapat menguasai segala pelajaran yang telah diajar. Beliau juga terkenal dengan seorang yang amat menghormati guru. Ini terbukti apabila, beliau tidak pernah mengangkat muka dengan gurunya, apa lagi bertentang mata. Ini merupakan adab berguru sebagaimana yang telah diajar oleh Imam Al-Ghazali, dalam Ihya Umuluddin. Beliau terkenal dengan sifat warak dan suka menolong orang lain yang berada dalam kesusahan. Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau, iaitu beliau sangat mengambil berat tentang setiap perkara yang haram dan syubhah. Ini kerana, beliau berpegang dengan hadis Rasulullah, bahawa hati manusia ditempa oleh makan dan minum. Apabila seseorang itu memakan makanan yang syubhah, ia akan sendirinya merubah sikap dan peribadi seseorang. Sesiapa yang mengenali beliau, pernah mengatakan bahawa, beliau tidak pernah singgah makna dan minum di kedai. Umumnya, diketahui bahawa, kedai-kedai selalu berlaku perkara-perkara yang mugkar. Kehidupan beliau agak sederhana . Tidak terdapat barang-barang perhiasan yang berharga. Beliau tidak meletakkan kebendaan sebagai suatu perkara yang penting. Ini kerana, kehidupan yang mewah menyebabkan penghuninya lalai dalam mengerjakan amal ibadah. Keawarakan beliau terserlah kerana beliau sentiasa mengenakan pakaian baju melayu atau jubah putih. Beliau juga tidak suka memakai kasut yang dibuat di kedai, terutama yang dibuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan di perkampungan orang kafir, beliau akan menyamak kakinya. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat, di mana beliau tidak pernah sekalipun bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan murid-murid beliau.Beliau juga akan menundukkan pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan wanita. Beliau juga sangat menjaga isteri beliau, sehinggakan tidak pernah diperlihat oleh orang lain.

KERAMAT DAN KEWALIANNYA
Bakat dan kepimpinan beliau sudah lama terserlah. Seringkali beliau berulang –alik dari rumah ke pondok pengajian yang agak jauh. Keadaan beliau menimbulkan kehairanan kepada orang-orang yang sering memerhatikan kelakuan beliau. Diceritakan pula, bahawa terdapat tiga orang lelaki yang mengintai kelakuan Haji Abdul Rahman Limbong, dimana beliau dapat menghilangkan diri dari pandangan manusia. Apabila ketiga-tiga lelaki tadi pergi ke tepi sungai tadi, mereka tidak Nampak sebarang perahu atau rakit. Selain peristiwa itu, beliau juga pernah kelihatan duduk berselimut di atas batu yang agak besar di tepi sungai. Tiba-tiba beliau hilang dari pandangan dan telah pun berada di tepi tebing sungai tersebut. Mengikut cerita lain pula, beliau juga dipercayai tidak basah apabila ditimpa hujan. Keadaan yang sama pernah dialami oleh seorang muridnya, yang berteduh di dalam jubah beliau yang bersama-sama di dalam perahu menghilir sungai, manakala orang yang menjadi pengayuh basah ditimpa hujan.



PENENTANGAN 21 MEI 1928
Pada terikh keramat inilah, puncak kebangkitan penentangan rakyat ganung terhadap pihak penjajah yang telah melibatkan konflik berdarahapabila kemaraan patani telah ditentang oleh pihak kerajaan Ulu Telemong. Dalam peristiwa ini, Haji Abdul Rahman Limbong dikatakan orang yang telah mencetuskan pemberontakan. Pihak penjajah mengeluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Akhirnya beliau menyerah diri di Istana Maziah. Atas tuduhan tersebut, beliau dihadapakan ke mahkamah . kebetulan kerusi yang diduduki beliau menghadap kea rah kiblat, maka beliau terus menerus solat sepanjang perbicaraan terus berjalan. Akhirnya, keputusan pihak Inggeris mengesyorkan beliau dibuang negeri ke Makkah.
Walapun beliau telah dibuang ke Makkah, perjuangan beliau masih utuh dan terus menerus dalam menegakkan kebenaran di atas muka bumi Allah ini. Setelah sekian lama berkhidmat di Makkah, akhirnya beliau meninggal dunia kerana menghidap penyakit dalam perut. Berakhirlah perjuangan seorang ulama yang cukup berpengaruh di dalam masyarakat Terengganu sehingga hari ini.
TAKBIR!! Allahuakbar 3x!

No comments:

Post a Comment

Allah is my love