Thursday, August 27, 2009


Alhamdulillah,ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada pencipta yang Maha Agung lagi Maha Mulia dan selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, akhirnya dapat juga kita bertemu pada bulan yang selama ini kita nanti-nantikan kehadirannya.Sinar Ramadhan yang pasti ingin dihayati oleh setiap jiwa insan yang bergelar muslim.Pasti semua muslimin dan muslimat sedang berlumba-lumba mengejar pahala yang telah dijanjikan oleh Allahu Rabbi.Seperti yang kita ketahui bulan Ramadhan adalah bulan berganda akan setiap kebaikan yang kita lakukan.Betapa Maha pemurahnya Ya Allah setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda walaupun ianya kecil sebesar zarah.
Sahabat-sahabat,
Marilah sama-sama kita merebut peluang untuk mendamba cinta Allah.Tingkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri dan jadikan Ramadhan tahun ini adalah yang terbaik dari sebelumnnya.Kejarlah seberapa banyak pahala sebaik mungkin,kerana musuh durjana kita yang utama telah pun dirantai..syaitan nurrajim!
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita yang telah menjadi raja di hati. Tetapi adakah kita sedar bahawa perkara yang sama juga turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?masih mampukah makhluk yang durjana itu mempengaruhi nafsu kita walaupun ianya telah dirantai??tepuk dada tanyalah iman..
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan pada bulan Ramadhan Karrim ini kita dapat menggilap dan menjernihkan kembali hati kita yang telah pudar serta dapat melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat yang lain ,gunakanlah masa yang sebaik mungkin untuk kita mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Tundukkanlah nafsu kita dengan iman dan ketaqwaan.Berpuasa bukanlah hanya sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan memperbaiki akhlak diri. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.Allahuakbar!!!
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Sahabat,

Ramadhan Al-Mubarak ini adalah anugerah sebagai lambing kasih-sayang Allah terhadap hamba-hambaNya.Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang hari juga turut diberikan ganjaran pahala. Subhanallah!! . Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita.Oleh itu ,marilah kita sama-sama menilai diri kita sejauh mana hebatnya kasih sayang kita terhadapNya. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri dan golongan yang tidak mendapat keredhaanNya.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Betapa hebatnya Ya Allah.!!!!

Tuesday, August 18, 2009

TOLONG JANGAN BACA!!!




KALAU DAN KALAU...
www.iluvislam.com
tajulrijalannuar
editor:azzahra_solehah

'Ni la hakikat manusia ,bila orang kata jangan buat,itulah yang dibuat
orang kata jangan baca,tu lah yang nak dibaca.orang kata jangan buat tu,tu lah yang dinuat....pelikkan??' renung2kanlah...dimanakah diri kita sebenarnya....


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Muhammad hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!

Kalaulah kita nampak syurga dan neraka.
Tempat dan rupa nya bagaimana? Apa ada dalam syurga?
Apa isi dalam neraka?
Dan setiap Ahmad,Abdullah dan ar-rijal dicop dia munafiq, kufur, islam atau beriman...
Masihkah aku dan kau lari dari tanggungan amalan..
Masihkah kita berdalih dan beralasan??

Kalaulah Allah menampak kan wajahNya pada kita masihkah kita sanggup syirikkan dia? Agungkan cinta manusia lagi tinggi dari cinta Dia!!

Berkalau-kalau tu amalan syaitan.. tapi "kalau" yang ini aku tulis untuk keluarkan kau,aku dan dia dari terus teruk daripada syaitan.

Saturday, August 1, 2009

Buat hati ku yang terluka ...


Tidak tahu apakah luahan ini.Di persimpangan ini terhuyung-hayang, cuba aku gapai pangkal emosi ku yang berkancah dalam detik konflik diri ini yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Cuba aku bersikap rasional merungkai satu persatu agar dapat ku simpulkan seadanya jasad kerdilku ini dalam penghambaan kepadaNYA. Kerana aku sedar, sesuatu yang berlaku mungkin tidak aku tangani merungkainya dan ada hikmahnya..
Bila mencari titik permulaan terasa satu penghalang menyekat imaginasi ku mendebik dada melawan karenah emosi. Ya, emosi selalu kental dalam perjuangannya merendahkan peringkat imaniah seseorang. Kadang-kala aku juga kecundang dengan kawalan emosi ku. Tetapi, masih tidak tersungkur ketika aku sedar bagaimana emosi mempermainkan diri ini.
Tetap buntu merobek persoalan di jiwa. Secebis jiwa kotor yang tidak tahu sekudus mana mengharapkan pengharapan dariNYA. Tidak tahu, sebanyak mana korban 'hamba' sepanjang usia ini,kerana perjuangan masih belum selesai.Masih banyak tanggungjawab yang diamanahkan.Kadangkala,hati ini menjerit ketakutan kerana takut tidak mampu menggalas amanah yang ditugaskan..Aku insane kerdil ya Allah..tidak lari dari alpa dan melakukan dosa..
Antara perjuangan dan sahabat, perjuangan dan iman. Saling bergandingan antara satu sama lain. Kurang satu akan runtuhlah tiang-tiang yang lain. Persis tiang-tiang solat dalam pembentukkan Tauhid-imaniah seseorang. Pelengkap antara satu sama lain. Kedua-duanya amat penting dalam diari hidupku,sebagai mahasiswi mujahidah..
Akal, Ilmu dan Iman semakin terpelosok bila hati dirasuk emosi. Kalau sebelumnya, "Ya, aku seorang manusia. Aku yang akan merubah dunia berpandukan landasan yang benar dan mengikut syariat Islam. Aku mampu berdepan dengan cabaran".
Emosi sudah tentu lebih kuat dari hari-hari kelmarin. Iman pula, bagaimana? Kerana kita tahu, manusia adalah sama kecuali tahap keimanan dan taqwa diri seseorang.
Mungkin ini juga beremosi. Tetapi khas buat hati ku luka ini aku sembuhkan. Tidak layak aku membicarakan segalanya jika aku masih sebegini. Perasaan aku cukup melampaui karenah nafsu emosi bermaharaja lela dalam dunia ku ini.. Realiti hidup kita, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ini dunia kita.Usah gelisah dipanah rasa bersalah..sekali maju ke hadapan,takkan ku toleh lagi ke belakang..Maju terus maju..
Biar lumpuh segala sendi,biar patah semua tulang dan biar mati dicincang lumat…
Akidah ini takkan di GADAI,teruskan berjuang untuk Allah..kerana kita hanya punya ISLAM….
TAKBIR 3X!

Hati adalah raja seluruh anggota.


Coretan ini hanya luahan rasa semata-mata tidak ada
kena mengena dengan sesiapa pun..

Buntu aku memikirkanya..
Semakin kuusir semakin ia hadir,
Semakin kulupakan, semakin ia membelenggu fikiran,
Kusedar kini,
HATIKU MILIKMU
Biarpun jauh kularikan diri,
Namun ia tetap melingkar di tangkai naluri…
Aku keliru sendiri,
Apa yang kucari,
Apa yang kuperlukan
Aku masih tidak bisa mengerti,
Yang pasti,
Kekosongan hati ini minta diisi..
Sejenak ku tersedar,
Aku mencari cinta agung,
Buat jiwaku yang merindukan,
Hakikat kebenaran,
Cahaya yang membelah kegelapan,
Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.
Ku sedar,
Destinasi pencarianku di sini,
Ku mencari-Mu Tuhan,
Mengharap keredhaan,
Menagih kebahagiaan,
Dari sinar cahaya iman,
Moga segala yang diperjuangkan mendapat redhaMU..

Allah is my love