Monday, February 8, 2010

Tatapan buat Al-Hurun.



Kadang-kadang, kita ni sering terlepas pandang dengan perkara-perkara yang kecik. Terutamanya percakapan kita. Tanpa kita sedari, hidup kita pada hari ni adalah hasil usaha kita pada waktu lampau. Kata-kata adalah satu doa, macam mana doa ni mempengaruhi hidup kita??? .Doa itu senjata mukmin. Semoga segala apa yang kita aminkan, sama dengan amin malaikat..InsyaAllah. Entry kali ni, ana nak kongsi dgn sahabat2 tentang sebuah artikel yang ana baca. Sebelum tu, ana nak minta maaf buat sahabat2, kerana kesibukan dunia buatkan ana kadang2 leka dalam menjalankan amanah Allah (dakwah)...sama2 kita saling mengingati..
Ana ingin menceritakan sebuah kisah yang telah dipetik dari majalah MANAR ISLAM, di mana telah menceritakan tentang kisah seorang gadis yang melampau, menerima padah disebabkan oleh diri sendiri. Pada suatu hari, seorang gadis yang berpakaian yang sangat menjolok mata menaiki sebuah bas yang menuju ke Wilayah Iskandariah. Pemakaian gadis itu adalah disebabkan betapa kuatnya pengaruh cara hidup masyarakat Barat. Malangnya, walaupun tinggal di bumi yang mengamalkan ajaran Islam, namun masih lagi umat manusia yang tidak takut akan larangan Allah.

Gadis tersebut berumur dalam lingkungan 20 tahun. Ketika di dalam bas,seorang gadis tersebut telah ditegur oleh seorang tua yang beruban penuh di kepala. Kata orang tua itu, "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
Selepas sahaja teguran penuh makna itu disampaikan, gadis itu terus menjawab dengan jeleknya. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Hemburan kata-kata tadi dan diikuti tawanya yang mengejek panjang sangat menghiris perasaan orang tua itu .Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. NAUZUBILLAH HIMINZALIK!!

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis itu. Seluruh penumpang di dalam bas itu turut terdiam dan ada yang menggelengkan kepala kebingungan mendengar keceluparan mulut gadis itu. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian..
Gadis yang bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut turut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi datang dan memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya, menunjukkan gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana yang cemas itu, tiba tiba tubuh gadis itu tersungkur ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar menyelamatkan jenazah gadis tersebut. Tapi , alangkah terkejutnya . Suatu kejadian yang aneh telah terjadi.Jenazah gadis itu telah terbujur kaku dan mayatnya menjadi hitam seolah-olah sesudah dibakar api. Lebih dasyat lagi, apabila mayat gadis tadi disentuh , tangan mereka teris terasa panas dan hampir melecur .




Nauzubillah, sahabat2..hendaklah kita ketahui, bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala apa yang berlaku. Kisah ini diceritakan adalah bukan untuk membuka aib sesiapa, tapi unutk dijadikan iktibar dan pengajaran..awasilah setiap detik langkah, tutur kata dan perlakuan kita. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Ingatlah sahabat2 , kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap dan pasti berlaku pada diri kita.. Janganlah kita melawan Tuhan Rabbul alamin. Macam mana dikatakan melawan??Apabila kita enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti kita ingin melawan arahan Tuhan. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita kerana MATI ITU PASTI!!

Monday, January 11, 2010

LA TAHZAN!


Awaken
by Ralph S. Marston, Jr.

In your life
A new day is dawning
Awaken and touch the beauty

Wherever you've come from
Whatever you've been
New possibilities beckon
Right here and now
Awaken and make them real

There was a time when you held in your heart
The most magnificent of dreams
A time when life seemed to carry
Endless promises and possibilities

Those dreams are still with you
Awaken and bring them to life

What you long for
Is longing for you
What you dream of
Is what you are meant to create

The doubts you have exist only in your mind
The anxieties that seem so burdensome are of your own making
Now is the moment to awaken,
and allow those doubts to melt away

Awaken, and dive deeply into the beauty of this moment
Allow your spirit to fully experience the richness of it all

Awaken
Allow peace to fill you completely
Let it touch your deepest longings
Let it bring those longings to life
Your most treasured possibilities are real,
If you will simply let them live through you

Awaken to this moment, and life begins anew
Reach inside, and allow
your most treasured
dreams to awaken with you
Into a bright and shining new day

Remind yourself again and again
Of how beautiful life can be
Remind yourself again and again
That you can make it so

Awaken
Step boldly and lovingly forward
Into this day

You've already come
So very far

You're stronger, more experienced
and more determined than ever
To fulfill those longings
That tell you who you are

Now is your moment to create real meaning
Now is your moment to awaken
And to truly and fully live

© 2006 Ralph S. Marston, Jr.
On the web at http://awaken.greatday.com

Thursday, December 17, 2009

SEBUTAN ALIF LAM LAM HA PENAWAR PENYAKIT


sebutan kalimah Allah, memberi seribu barakah..


Ingatlah Allah di setiap detik dan setiap saat..
Vander Hoven, merupakan seorang ahli psikologi yang ternama dari Belanda telah mengumumkan penemuan hasil kajian terbarunya , tentang membaca Al-Qur`an dan kesan mengulangi menyebut perkataan ALIF LAM LAM HA (ALLAH) yang dilakukan terhadap pesakitnya. Professor itu telah membuat kajian ke atas pesakitnya selama tiga tahun. Sesetengah dari pesakit yang dibuat kajian itu bukan beragama Islam dan tidak pandai bernahasa Arab, tetapi telah dilatih untuk menyebut perkataan ALIF LAM LAM HA (ALLAH). Hasil dari kajian itu amat mengkagumkan , khusus sekali untuk yang mengalami tekanan dan murung.
Bacaan Al-Qur`an dan pengamalan ejaan perkataan ALIF LAM LAM HA dapat menghindari diri dari penyakit jiwa dan mental. Pakar psikologi itu telah menjelaskan setiap huruf ALIF LAM LAM HA member kesan leg aterhadap penyakit psikologi. Dalam kajiannya mendapati, semasa menyebut huruf ALIF, ianya keluar dari system pernafasan dan dapat mengawal nafas.Semasa menyebut huruf LAM berulang sebanyak dua kali, di mana lidah menyentuh sedikit bahagian hujung lelangit buat seketika, ini membuatkan pernafasan rehat berlaku. Kemudian menyebut huruf HA pula, berlakulah hubungan antara jantung dan hati , hubungan ini sekaligus dapat mengawal degup jantung manusia. SUBHANALLAH!, segala ilmu dunia tentang sains telah terbongkar dalam Al-Qur`an itu sendiri.

Mutiara yang hilang..


Jihad Fi Sabilillah!!



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Entry pada kali ini ,ana ingin menceritakan serba sedikit tentang lembaran hidup ulama’ dan pejuang Islam yang mana semakin lama, semakin kita lupai tentang kisah hidup beliau dalam memperjuangkan agama tercinta. Angin jihad yang bertiup kencang yang menerpa dalam diri beliau tidak pernah padam, malahan makin hangat membara dalam meneruskan perjuangan beliau. Jiwa yang inginkan tertegaknya kebenaran, dan hapusnya kemungkaran yang wujud di muka bumi ini tidak pernah kalah di medan pertempuran.
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG. Begitulah indahnya nama, seindah perjuangan beliau. Pemergian beliau ibarat hilangnya mutiara yang berharga. Patah tumbuh hilang berganti,namun yang datang tidak setokoh yang pergi. Beliau merupakan ulama’ yang warak , memiliki peribadi yang menarik dan pejuang bangsa menentang penjajah di negeriku, Terengganu Darul Iman. Nama sebenar beliau adalah Haji abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir.
Kepesatan perkembangan pondok-pondok pengajian di Terengganu , menimbulkan rasa keinginan beliau untuk mengaji di pondok. Sebelum ke pondok, beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga dalam pelajaran nahu saraf dan fiqh. Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang yang luar biasa kecerdasan akalnya. Sehingga dapat mengajar murid Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga yang lain. Semenjak kecil lagi, sudah terdapat tanda-tanda bahawa beliau akan menjadi tokoh yang terkenal pada suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, beliau berguru pula dengan Haji Wan Musa. Berbekalkan ilmu yang diperolehi, beliau merapatkan diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh. Beliau terpaksa berulang-alik dengan menaiki sebuah perahu dari pondok pengajian ke kediaman beliau. Semua ini dilakukan dengan penuhh kesabaran dan ketabahan . Inilah yang dilalui oleh seorang yang bergelar ulama’. Kemewahan dan kesenagan yang kita kecapi hari ini, tidak dapat dikecapi pada zaman dahulu.
Pada peringkat awal, Haji Abdul Rahman Limbong hanya merupakan khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas seperti menyapu halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayua api, mengisi air kolah di surau dan sebagainya. Sememangnya beginilah cara yang dilalui oleh ulama’ sufi demi peningkatan rohani, melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa, seterusnya menjadi tokoh terkemuka pada zaman mereka. Disebabkan tugas beliau sebagai khadam , jadi kuranglah masa beliau dalam menghadiri majlis pengajian ilmu. Oleh sebab itu, beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh.Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh orang lain. Apabila selesai sahaja pengajian, beliau akan menyembunyikan kitabnya di celah-celah atap surau. Ini menujukkan bahawa kesungguhan beliau untuk belajar dan tidak manu diketahui bahawa belajar bersama-sama muri-murid Tokku Paloh yang lain. Lama kelamaan , kelakuan beliau diketahui oleh Tokku Paloh. Maka, timbul perasaan kesian dan kasih terhadap beliau atas kesungguhan beliau untuk belajar. Akhirnya, beliau diterima untuk menjadi murid Tokku Paloh.
Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang luar biasa , di mana dalam masa yang singkat , beliau telah dapat menguasai segala pelajaran yang telah diajar. Beliau juga terkenal dengan seorang yang amat menghormati guru. Ini terbukti apabila, beliau tidak pernah mengangkat muka dengan gurunya, apa lagi bertentang mata. Ini merupakan adab berguru sebagaimana yang telah diajar oleh Imam Al-Ghazali, dalam Ihya Umuluddin. Beliau terkenal dengan sifat warak dan suka menolong orang lain yang berada dalam kesusahan. Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau, iaitu beliau sangat mengambil berat tentang setiap perkara yang haram dan syubhah. Ini kerana, beliau berpegang dengan hadis Rasulullah, bahawa hati manusia ditempa oleh makan dan minum. Apabila seseorang itu memakan makanan yang syubhah, ia akan sendirinya merubah sikap dan peribadi seseorang. Sesiapa yang mengenali beliau, pernah mengatakan bahawa, beliau tidak pernah singgah makna dan minum di kedai. Umumnya, diketahui bahawa, kedai-kedai selalu berlaku perkara-perkara yang mugkar. Kehidupan beliau agak sederhana . Tidak terdapat barang-barang perhiasan yang berharga. Beliau tidak meletakkan kebendaan sebagai suatu perkara yang penting. Ini kerana, kehidupan yang mewah menyebabkan penghuninya lalai dalam mengerjakan amal ibadah. Keawarakan beliau terserlah kerana beliau sentiasa mengenakan pakaian baju melayu atau jubah putih. Beliau juga tidak suka memakai kasut yang dibuat di kedai, terutama yang dibuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan di perkampungan orang kafir, beliau akan menyamak kakinya. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat, di mana beliau tidak pernah sekalipun bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan murid-murid beliau.Beliau juga akan menundukkan pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan wanita. Beliau juga sangat menjaga isteri beliau, sehinggakan tidak pernah diperlihat oleh orang lain.

KERAMAT DAN KEWALIANNYA
Bakat dan kepimpinan beliau sudah lama terserlah. Seringkali beliau berulang –alik dari rumah ke pondok pengajian yang agak jauh. Keadaan beliau menimbulkan kehairanan kepada orang-orang yang sering memerhatikan kelakuan beliau. Diceritakan pula, bahawa terdapat tiga orang lelaki yang mengintai kelakuan Haji Abdul Rahman Limbong, dimana beliau dapat menghilangkan diri dari pandangan manusia. Apabila ketiga-tiga lelaki tadi pergi ke tepi sungai tadi, mereka tidak Nampak sebarang perahu atau rakit. Selain peristiwa itu, beliau juga pernah kelihatan duduk berselimut di atas batu yang agak besar di tepi sungai. Tiba-tiba beliau hilang dari pandangan dan telah pun berada di tepi tebing sungai tersebut. Mengikut cerita lain pula, beliau juga dipercayai tidak basah apabila ditimpa hujan. Keadaan yang sama pernah dialami oleh seorang muridnya, yang berteduh di dalam jubah beliau yang bersama-sama di dalam perahu menghilir sungai, manakala orang yang menjadi pengayuh basah ditimpa hujan.

PENENTANGAN 21 MEI 1928
Pada terikh keramat inilah, puncak kebangkitan penentangan rakyat ganung terhadap pihak penjajah yang telah melibatkan konflik berdarahapabila kemaraan patani telah ditentang oleh pihak kerajaan Ulu Telemong. Dalam peristiwa ini, Haji Abdul Rahman Limbong dikatakan orang yang telah mencetuskan pemberontakan. Pihak penjajah mengeluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Akhirnya beliau menyerah diri di Istana Maziah. Atas tuduhan tersebut, beliau dihadapakan ke mahkamah . kebetulan kerusi yang diduduki beliau menghadap kea rah kiblat, maka beliau terus menerus solat sepanjang perbicaraan terus berjalan. Akhirnya, keputusan pihak Inggeris mengesyorkan beliau dibuang negeri ke Makkah.
Walapun beliau telah dibuang ke Makkah, perjuangan beliau masih utuh dan terus menerus dalam menegakkan kebenaran di atas muka bumi Allah ini. Setelah sekian lama berkhidmat di Makkah, akhirnya beliau meninggal dunia kerana menghidap penyakit dalam perut. Berakhirlah perjuangan seorang ulama yang cukup berpengaruh di dalam masyarakat Terengganu sehingga hari ini.

Sunday, December 13, 2009

Laungan Azan Tidak Putus-putus


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui ‘Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.’.Bermula di Indonesia, yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq.
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!
Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!
......marilah kita sama-sama renungkan betapa hebatnya Islam itu sendiri......

Allah is my love