Wednesday, March 9, 2011

Menagih redhaNya


Auchumm..!.Alhamdulillah..hmm,dah berhabuk sudah. Lama betul rasa tak aktif menulis di alam maya ni. Sibuk dengan urusan dunia, Allahuakbar...semoga kesibukan ini mendapat redha dariNya.

Jiwa kosong!. Tiba-tiba, hati ni tergerak untuk meluahkan segala isi hati dengan seribu satu perasaan padaNya untuk mengadu, mengemis, merintih, merayu dan menagih kasih dariNya. Kadang-kadang, diri ini rasa tersindir dan malu dengan sahabat-sahabat lain yang mampu mentarbiyyah diri mereka dalam kesibukan apa jua sekalipun malah semakin bertambah iman dan ketaqwaan mereka. MasyaAllah..

[ Al-Baqarah:214 ]


Diri yang hina ini tidak layak untuk menjadi umat baginda yang hebat. Kadang, lemah apabila ditimpa dengan sedikit ujian, kecewa apabila menemui kegagalan dan hampir putus asa bila tak menemui jalan penyelesaian…

[Al-Baqarah:286]



Ya Allah..Tuhan ku yang Maha Esa. Tika aku mengenangkan QahharMu, mengalir air mata ini, berkecai hati ini, bak kaca terhempas ke lantai, dek kerana gerun serta takut akan azabMu . HambaMu ini berasa putus asa serta takut akan siapa yang mampu menghapuskan dosa-dosa hamba yang seluas lautan yang memburu setiap hari setiap ketika. Allahu Rabbi, namun bila aku mengenangkan GhaffarMu, semangatku pulih kembali bagaikan diberi nafas baru untuk hidup. Harapan ku pulih kembali. Allahuakbar, susahnya untukku menundukkan nafsu ini, sukarnya untukku mengekalkan taubat ini padaMu, payahnya untukku sentiasa mengingati di setiap detik setiap ketika dan lebih malang lagi, begitu sukarnya untukku merasai bahawa Kau sentiasa melihatku setiap kelakuanku.

Ya Allah, ampunilah daku.. Hambamu ini lemah ..Ya Allah, hukumlah daku Ya Allah sekiranya, dengan cara itu Kau redha padaku. Aku ini insan yang sering lalai padaMu Ya Allah, sedangkan Engkaulah Tuhan yang memegang rohku, yang meminjamkan jasadku, yang menentukan takdirku serta yang menjadikan aku dari air mani yang hina..Subhanallah, kenapakah masih ada manusia yang masih lagi bongkak??sedangkan mereka berjalan di bumi Allah, menikmati rezeki Allah dan segala-galanya isi dunia ini adalah milikMu Allah. Sesungguhnya, tidak adil bagi Allah yang telah memberi segala nikmatNya kepada manusia yang tidak tahu menghargai pemberianNya..

[Ibrahim:34]



Ya Rabb... Alangkah besarnnya kerugian dan penyesalanku bila aku menderhakaiMu, namun pula tiada langsung kerugian bagiMu. Ya Allah, sesungguhnya Engkau Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia, tetapkanlah kami di jalan dakwahMu. Ya Rahman, peliharakanlah aku dari dosa-dosa yang ingin kutinggalkan . Jangan biarkan aku hanyut dengan nikmat dunia. Sedarkan daku bila daku lalai, ingatkan daku bila daku lupa dan tegurlah daku bila daku mula jauh dariMu Allah. Jangan biarkan daku menggantikan tempatMu dengan dunia yang kecil ini yang tiada nilai disisiMu. Ya Allah. ..Jadikanlah tempoh yang Kau pinjamkan padaku dipenuhi dengan perkara yang mendapat redhaMu..Tuhan, ku mohon secebis harapan dan ruang utk disisiMu agar aku menjadi hamba yang soleh dan beriman. Sesungguhnya ibadatku, hidupku dan matiku hanya untukMu Rabbul Izzati.


Sesungguhnya, telah banyak peringatan tentang KEMATIAN yang telah Allah tegaskan dalam firmanNya seperti:

[21:35]
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan. Dan kamu dikembalikan hanya kepada Kami.

[3:27]
Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa perhitungan.

[39:68]
Dan sangkakala pun ditiup, maka matilah semua makhluk yang di langit dan di bumi kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Kemudian, ditiup sekali lagi sangkakala itu, maka seketika itu mereka bangun dari kuburnya menunggu keputusan Allah.

[29:57]
Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan.

[51:43]
Sungguh, Kami yang menghidupkan dan mematikan ,dan kepada Kami tempat kembali semua makhluk.






Aku hamba hina yang rindukan syahid di jalanMu..

Allah is my love