Friday, November 12, 2010

Beginilah Kita!

Setelah sekian lama menyepi dgn blog yang tak di update2. Kini ana kembali dengan membawa satu kisah yang cukup menyentap perasaan. Berderu-deru air mata mengalir saat menghayati kisah ini. Ana ingin berkongsi dengan sahabat- sahabat sekalian tentang satu kisah yang telah dipetik daripada majalah mastika pd tahun 2003.


Masa berlalu….
budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok mangga tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok mangga dengan wajah yang sedih.
“ Marilah bermain-main di sekitarku”, ajak pokok mangga itu.
“Aku bukan lagi kana-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,”jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya”, sambung remaja itu dengan nada sedih.
Lalu pokok mangga itu pun berkaadta : “ Kalau begitu, petiklah mangga-mangga yang ada pada aku. Jualkan untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang engkau inginkan.”
Budak remaja itu dengan gembira memetik semua buah mangga di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok mangga cukup merasa sedih.

Masa berlalu…..
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok mangga tetap merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku”, ajak pokok mangga itu.
“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan keluargaku.
“ Bolehkah kau menolong aku?” Tanya budak itu.
“Maafkan aku, aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dank au buatlah rumah daripadanya “, pokok mangga itu member cadangan.
Lalu, budak yang telah dewasa itu memotong kesemua dahan pokok mangga itu. Pokok tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana sahabatnya itu tidak pernah menemuinya.
Pada suatu hari yang panas terik, seorang lelaki datang berteduh di bawah pokok mangga yang sudah kembali rending itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang selalu bermain-main dengannya dulu.
Dia telah matang dan dewasa kerana itulah pokok mangga itu lambat mengenalinya.
“ Marilah bermain-main di sekitarku seperti dahulu”, ajak pokok mangga itu sebaik sahaja mengetahui siapa lelaki itu.
“ Maaf…aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku punya tanggungjawab sendiri. Rasa-rasa aku ingin berlayar, tapi malangnya , aku tidak mempunyao bot. “ Boleh kau tolong aku?”, Tanya lelaki itu..
“Aku tidak punya apa-apa untuk diberikan. Tapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot . kau akan dapat berlayar dengan gembira,” cadang pokok mangga.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang pokok mangga itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak pernah kembali lagi.
Berpuluh tahun kemudian, pokok mangga yang dahulu gagah perkasa kini hanyalah punggur, ternampak seorang lelaki tua berjalan menuju ke arahnya.
Setelah diamati dan direnung tajam, barulah dia mengenali siapa lelaki tua itu. Dia adalah budak lelaki yang bermain bersamanya dahulu.
“Maafkan aku. aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat perahu. AKU HANYA ADA TUNGGUL DENGAN AKAR-AKAR YANG HAMPIR MATI…”, kata pokok mangga itu dengan nada pilu.
“Aku tidak mahu manggamu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku juga tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk berlayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat:, jawab lelaki tua itu.
“ Jika begitu, sandarkanlah tubuhnu pada punggurku”, kata pokok mangga itu. Lalu lelaki tua itu menyandarkan badannya. Terasa enak berada dalam ‘pelukan’ punggur pokok mangga itu. Kedua-duanya menangis kegembiraan.


# Di sebalik kisah ini, terdapat pengajaran yang amat bermakna. Pokok mangga yang dimaksudkan adalah ibu bapa kita. Semasa kita muda, kita suka bersama mereka. Apabila meningkat remaja, kita perlukan bantuna mereka untuk meneruskan hidup. Kemudian, kita tinggalkan mereka dan hanya kembali apabila memerlukan pertolongan terutama ketika dilanda kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap setia menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira. Kita mungkin terfikir yang budak lelaki itu kejam terhadap pokok mangga itu, tetapi itulah hakikatnya anak-anak masa kini mentaati ibu bapa mereka.
Hargailah dan sayangilah ibu bapa kita selagi hayat dikandung badan. Jangan hanya menyanjungi mereka semasa susah dan melupakan mereka tatkala senang. Apa faedahnya merayakan hari Ibu dan hari bapa, jika mereka diingati hanya cuma setahun sekali.
Sekadar renungan bersama.~

Monday, August 2, 2010

~ aku amat merinduimu!~


Alhamdulillah… dengan izin Allah dapat juga untuk ana menulis entry yang terbaru pada kali ni ,setelah bertungkus-lumus dalam menyelesaikan urusan duniawi yang tidak tidak pernah selesai , sesungguhnya hanya ajal dan maut sahaja yang bisa menghentikannya.. Dengan ilmu yang sedikit,ana ingin berkongsi beberapa tips untuk kita sama-sama hayati dan amalkan. Bak kata orang, yang banyak kita merasa, yang sedikit kita berkongsi.
Pejam celik pejam celik, kita dah pun berada pada bulan syaaban dan kita telah pun menghampiri bulan Ramadhan. Semoga kita diberi peluang untuk kita bertemu pada bulan Ramadhan yang mulia ini..InsyaAllah. Ulama ada mengatakan bahawa , bulan Rejab ini merupakan kesempatan untuk kita membersihkan diri, manakala bulan Syaaban untuk kita membersihkan hati dan Ramadan pula adalah bulan untuk kita membersihkan jiwa.
BERPUASA Ramadan bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum pada waktu siang, malah lebih daripada itu mengajar umat Islam supaya mengawal nafsu daripada perkara dilarang syariat dan boleh memudaratkan.

Ingin saya singkapkan kembali kisah tentang generasi awal Islam yang terdahulu, di mana tahap kerinduan serta kecintaan mereka pada Ramadhan amat tinggi menggunung. Ingatkah kita tentang para generasi awal Islam?. Mereka sangat rindu dan nanti-nantikan bulan Ramadhan. Mereka berdoa selama enam bulan sebelum datangnya Ramadhan, agar mereka dipanjangkan umur dan diberi kesihatan tubuh badan untuk bersedia melakukan amal ibadah pada bulan Ramadhan. Bila tiba bulan Ramadhan, mereka bersungguh-sungguh mengejar amal kebaikan dan keutamaan pada bulan Ramadhan. Dan ketika merek berpisah denga bulan Ramadhan, mereke akan berdoa selama enam bulan seterusnya agar kesungguhan mereka diterima Allah Rabbul Izzati. Pernahkah kita terfikir , sebegitu sekali tindakan dan persiapan mereka demi menyambut Ramadhan. Hal ini kerana, kerinduan itu ada pada diri mereka kerana, mereka sedar dna faham tentang keutamaan dan keistimewaan pada bulan Ramadhan. Jadi, mampukah kita mencontohi mereka??
tepuk dada tanya iman..
Firman Allah dalam surah ( Al- Baqarah 2 : 183)
Firman Allah SWT :
“ Wahai orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.”

Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi beberapa tips untuk kita sama-sama amalkan, agar kita sentiasa bertenaga pada bulan Ramadhan.



 Jangan makan terlalu banyak ketika bersahur.
 Jangan makan terlalu banyak ketika berbuka.
 Jangan kerap makan sepanjang waktu berbuka.
 Banyakkan minum air pada malam hari
 Jangan tidur selepas waktu makan dalam keadaan kenyang.


Amalan yang seperti di atas boleh menyebabkan kita cepat merasa letih dan kurang bertenaga pada siang hari. Puasa yang berjaya adalah yang puasa yang diamalkan mengikut sunnah Rasulullah. Kejayaan puasa mampu membuahkan hasil jasmani dan rohani yang mantap!
Apa yang perlu kita lakukan adalah:
 Makan makanan ynag mudah dihadam, mengandungi serat dan dalam kuantiti yang sedikit ketika berbuka. Ikuti sunnah Rasulullah, dengan memulak berbuka puasa dengan buah tamar. Ini kerana, buah tamar mengandungi karbohidrat yang tinggi, acid amino, dan juga triptofan yang boleh menenangkan perasaan.
 Kita juga, perlulah bersederhana dalam menghidang juadah berbuka puasa dan bersahur. Ambil peluang puasa kita, untuk berjimat belanja,. Sesungguhnya, membazir itu amalan syaitan..
 Begitu juga dengan air minuman. Sediakan air minum daripada bahan semula jadi. Elakkan gula putih, sirap, pewarna dan perasa tiruan dan gantikan ia dengan gula merah, madu lebah dan jus buah asli.
 Elakkan juga kopi dan teh kerana minuman ini mempunyai kafein yang boleh memberi terlalu banyak rangsangan kepada saraf dan jantung ketika berpuasa. Kafein juga memberi rangsangan kepada bahagian perut yang menyebabkan asid hidroklorik berlebihan dan ini akan menyebabkan keadaan gastritis.
 Protein binatang adalah makanan yang paling kompleks dan susah hadam. Ia juga makanan yang mempunyai kandungan bahan buangan yang paling banyak. Keadaan ternakan dan cara yang diamalkan sekarang menyebabkan protein binatang menjadi bahan yang paling tercemar dengan kimia dan pelbagai jenis racun, termasuk kuman, hormon, antibiotik dan logam berat serta racun serangga.

Oleh kerana antara manfaat puasa ialah bahawa badan kita dapat mengeluarkan toksik dalam badan yang telah sekian lama terselit dalam lemak, daging, hati dan buah pinggang.

~ Renung-renungkan dan selamat beramal~

Tuesday, May 25, 2010

layakkah diri ini sombong?

NAMA : INSAN (PELUPA)

STATUS MUSLIM : MUSLIM SOLEHIN, MUSLIM MUKMIN, MUSLIM MAKSIAT, MUSLIM MUNAFIK, MUSLIM JAHIL @ …… KAFIR

ASAL : ALAM ARWAH

MENUJU : ALAM AKHIRAT

TUJUAN HIDUP
: MENYEMBAH ALLAH
KHALIFAH ALLAH DI DUNIA

ALAM2 YG
SUDAH DTEMPUHI
: ALAM ROH DAN ALAM RAHIM

STRUKTUR DIRI : JASMANI, ROHANI DAN AKAL

MUSUH HIDUP : SYAITAN, HAWA NAFSU, ORANG MUNAFIK,
ORANG KAFIR & ORG ISLAM YG DENGKI.

STATUS DUNIA : HINA, LEMAH & DIUJI SEMENTARA

KUALITI/AMALAN : IBADAH DAN MAKSIAT

ALAT UJIAN : KEMEWAHAN, HARTA, SAKIT DAN LAIN2

MARTABAT : MAKHLUK TERBAIK,MAKHLUK TERMULIA, MAKHLUK TERPEDAYA, MAKHLUK TERPANDAI, MAKHLUK TERSAYANG @ HINA LEBIH DARI HAIWAN

SUMBER KEKUATAN : IMAN

KELEMAHAN : MUDAH LUPA, TIDAK BERSYUKUR,ADA NIKMAT, LUPA DARATAN, DITIMPA BALA, KELUH-KESAH,LEMAH, PEMBANTAH, TERBURU-BURU @ MENGIKUT HAWA NAFSU

TABIAT : TABIAT SOLEH @ TABIAT SYAITAN

PENGAWAS : DUA MALAIKAT (RAQI’& ATIQ)

PEMIMPIN : AL-QUR’AN DAN AS-SUNNAH

IDOLA : NABI MUHAMMAD S.A.W

MATLAMAT : KEREDHAAN ALLAH

SAUDARA : SELURUH MUKMIN

BILA TINGGALKAN DUNIA ~ ???

BERJAYAKAH DISOAL DI DALAM KUBUR ~ ???

GOL. MANA DI PADANG MASYAR ~ ???

BERJAYAKAH MENITI SIRATUL MUSTAQIM ~ ???

SELAMATKAH DARI AZAB NERAKA ~ ???

LAYAKKAH MEMASUKI SYURGA ~ ???

BERSEDIAKAH UNTUK DIPANGGIL ALLAH SEKARANG ~ ???


HAMBA HINA

Saturday, April 17, 2010

....lemahnya saya..


kreeekk..., pintu bilikku terkuak setelah dibuka. Wajah lina muncul dengan tiba-tiba dan terus melabuhkan punggung di katilku, tanpa disedari, butiran-butira jernih kaca mencurah-curah dengan lajunya mengalir pada pipi Lina. Pantas aku memeluk bahu untuk menenangkan keadaan. Lina, awak ok tak ni? ada masalah ke?.persoalanku langsung tidak disambut. Aku mendiamkan diri, dan tiba-tiba suara Lina bergetar mengucapkan sesuatu.
Awak tahu tak, saya tak tahu nak cakap macam mana lagi..adakah saya pendiam ni sebab saya takut??sampai bila saya nak macam ni?lemahnya saya... Kalau saya diam, orang pijak kepala saya, tapi kalau saya bersuara, orang kata saya tunjuk baik la..habis saya perlu buat macam mana..lemahnya diri ni...
Kata-kata Lina buatkan aku terkedu seribu bahasa. Rupa-rupanya dah lama lina bersabar dengan rumetnya, nampaknya perasaan yang tersimpan sekian lama sudah menjadi barah dalam diri lina. Sabarla, anggap la dia tu mad`u kita. kalau api, jangan ditambahkan minyak ke atsnya, makin parah jadinya.Hmm..orang macamni, kita takleh nak cakap, jadi kita pertontonkan tingkah laku kita .mana tahu, Allah bagi dia hidayah suatu hari nanti, atas sebab sikap kita..jadi, awak sabar la ye..jangan rasa sorang-sorang, kita kan ramai..ukhuwah tu bukan hanya bila sahabat ada depan mata je, tapi yang penting sentiasa ingat dalam setiap doa dan juga hati..
Kita sama-sama doa, moga suatu hari nanti dia sedar akan kesilapannya.
..
Wajah Lina berubah senyum hingga menampakkan lesung pipitnya.Aku puas dapat memberikan dia suntikan ala-ala motivasi saat dia dalam kesedihan..Indahnya ukhuwah.

Tidak banyak dapat ana perkatakan,namun ilmu yg sedikit ini diharap dapat dikongsikan bersama, agar sentiasa bermuhasabah diri dlm menyampaikan ilmu kpd org lain..
Setiap manusia itu ada egonya .Maka di sini, perlulah seseorang pendakwah itu mengenali ego sasaran dakwahnya (mad`u) dan seterusnya apabila dikenal-pasti kelemahan orang itu , barulah boleh dicucuk dengan suntikan dakwah .
Contohnya, dengar kisah ni..

Pada suatu hari , Saidina Hassan ( r.a ) dan Saidina Hussein ( r.a ) melihat seorang tua mengambil wudhuk dengan cara yang tidak betul. Tetapi , kedua-dua orang cucu Baginda Rasulullah s.a.w yang mulia ini tidak tahu bagaimanakah cara sebaiknya untuk mereka berdua ( r.a ) menegur orang tua tersebut . Akhirnya , mereka ( r.a ) menemui sebuah cara terbaik untuk menegur orang tua tersebut dan sekaligus menjalankan usaha dakwah kepadanya .

Mereka berdua ( r.a ) pun berpura-pura bertengkar sesama sendiri di dalam menentukan wudhuk siapakah yang paling betul dan paling sesuai dengan ajaran Baginda Rasulullah s.a.w .

“ Wudhukmu tak betul ! “.

“ Apa pulak aku ?, wuhduk kau tu yang tak betul ! “ .


Lalu kedua-dua cucu Baginda Rasulullah s.a.w yang mulia itu pun meminta agar si datuk ( orang tua itu) menjadi pengadil di antara kedua-duanya ( r.a ) . Maka berwudhuklah mereka berdua ( r.a ) dengan diperhatikan oleh orang tua itu.

“ Wudhuk siapakah yang paling betul di antara kami berdua ini wahai datuk ! “ ; tanya kedua-dua mereka ( r.a ) .

“ Wudhuk kamu berdua ini sama-sama betul belaka, tapi wudhuk akulah yang tak betul. Oleh itu akulah yang patut belajar cara mengambil wudhuk yang betul daripada kamu berdua “ ; kata orang tua itu.

Jadi kat sini ana nak kongsi..bahawa tidak semestinya dengan menegur sahaja kita boleh berdakwah kat orang lain, dengan perbuatan sinis juga mampu menarik perhatian mad`u kita.Sesungguhnya, pertuturan yang direalisasikan oleh perbuatan itu lebih berkesan daripada pertuturan yang diucapkan dengan lidah semata-mata..

Ingatlah kita semua, bahawa dakwah (saling menegur) merupakan tuntutan akidah, seperti
Firman Allah ayat 110, Surah Al-Baqarah:

Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

Sama-sama renungkan dan selamat beramal..Tiada insan sesempurna Muhammad.

Wednesday, April 7, 2010

~warisan Ilmuan Islam~

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga memberi sedikit perkongsian setelah lama menyepi kerana kesibukan yang tak dapat dielakkan. Semoga segala kesibukan mendapat redhaNya. Entry pada kali ini ,ana ingin berkongsi serba sedikit tentang buku yang telah ana baca , `lembaran hidup ulama’ , yang mana semakin lama, semakin kita lupai tentang kisah hidup pejuang Islam dalam memperjuangkan agama tercinta.
Angin jihad yang bertiup kencang yang menerpa dalam diri beliau tidak pernah padam, malahan makin hangat membara dalam meneruskan perjuangan beliau. Jiwa yang inginkan tertegaknya kebenaran, dan hapusnya kemungkaran yang wujud di muka bumi ini tidak pernah kalah di medan pertempuran.
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG, merupakan seorang pejuang Islam yang hebat. Pemergian beliau ibarat hilangnya sebutir mutiara yang berharga. Patah tumbuh hilang berganti,namun yang datang tidak sehebat yang pergi. Beliau merupakan ulama’ yang warak , memiliki peribadi yang menarik dan pejuang bangsa menentang penjajah di negeriku, Terengganu Darul Iman. Nama sebenar beliau adalah Haji abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Abdul Qadir.
Kepesatan perkembangan pondok-pondok pengajian di Terengganu , menimbulkan rasa keinginan beliau untuk mengaji di pondok. Sebelum ke pondok, beliau berguru dengan Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga dalam pelajaran nahu saraf dan fiqh. Haji Abdul Rahman Limbong merupakan seorang yang luar biasa kecerdasan akalnya. Sehingga dapat mengajar murid Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga yang lain. Semenjak kecil lagi, sudah terdapat tanda-tanda bahawa beliau akan menjadi tokoh yang terkenal pada suatu masa nanti. Setelah tamat pengajian, beliau berguru pula dengan Haji Wan Musa. Berbekalkan ilmu yang diperolehi, beliau merapatkan diri dengan pondok pengajian Tokku Paloh. Beliau terpaksa berulang-alik dengan menaiki sebuah perahu dari pondok pengajian ke kediaman beliau. Semua ini dilakukan dengan penuhh kesabaran dan ketabahan . Inilah yang dilalui oleh seorang yang bergelar ulama’. Kemewahan dan kesenagan yang kita kecapi hari ini, tidak dapat dikecapi pada zaman dahulu.
Pada peringkat awal, Haji Abdul Rahman Limbong hanya merupakan khadam kepada Tokku Paloh. Beliau bertugas seperti menyapu halaman rumah, membersihkan surau, menyediakan kayua api, mengisi air kolah di surau dan sebagainya. Sememangnya beginilah cara yang dilalui oleh ulama’ sufi demi peningkatan rohani, melahirkan manusia yang benar-benar bertaqwa, seterusnya menjadi tokoh terkemuka pada zaman mereka. Disebabkan tugas beliau sebagai khadam , jadi kuranglah masa beliau dalam menghadiri majlis pengajian ilmu. Oleh sebab itu, beliau hanya mendengar pengajian di tepi kolah sambil menatap kitab yang digunakan oleh Tokku Paloh.Hal ini dilakukan tanpa disedari oleh orang lain. Apabila selesai sahaja pengajian, beliau akan menyembunyikan kitabnya di celah-celah atap surau. Ini menujukkan bahawa kesungguhan beliau untuk belajar dan tidak manu diketahui bahawa belajar bersama-sama muri-murid Tokku Paloh yang lain. Lama kelamaan , kelakuan beliau diketahui oleh Tokku Paloh. Maka, timbul perasaan kesian dan kasih terhadap beliau atas kesungguhan beliau untuk belajar. Akhirnya, beliau diterima untuk menjadi murid Tokku Paloh.
Haji Abdul Rahman Limbong mempunyai kecekapan yang luar biasa , di mana dalam masa yang singkat , beliau telah dapat menguasai segala pelajaran yang telah diajar. Beliau juga terkenal dengan seorang yang amat menghormati guru. Ini terbukti apabila, beliau tidak pernah mengangkat muka dengan gurunya, apa lagi bertentang mata. Ini merupakan adab berguru sebagaimana yang telah diajar oleh Imam Al-Ghazali, dalam Ihya Umuluddin. Beliau terkenal dengan sifat warak dan suka menolong orang lain yang berada dalam kesusahan. Suatu hal yang istimewa mengenai peribadi beliau, iaitu beliau sangat mengambil berat tentang setiap perkara yang haram dan syubhah. Ini kerana, beliau berpegang dengan hadis Rasulullah, bahawa hati manusia ditempa oleh makan dan minum. Apabila seseorang itu memakan makanan yang syubhah, ia akan sendirinya merubah sikap dan peribadi seseorang. Sesiapa yang mengenali beliau, pernah mengatakan bahawa, beliau tidak pernah singgah makna dan minum di kedai. Umumnya, diketahui bahawa, kedai-kedai selalu berlaku perkara-perkara yang mugkar. Kehidupan beliau agak sederhana . Tidak terdapat barang-barang perhiasan yang berharga. Beliau tidak meletakkan kebendaan sebagai suatu perkara yang penting. Ini kerana, kehidupan yang mewah menyebabkan penghuninya lalai dalam mengerjakan amal ibadah. Keawarakan beliau terserlah kerana beliau sentiasa mengenakan pakaian baju melayu atau jubah putih. Beliau juga tidak suka memakai kasut yang dibuat di kedai, terutama yang dibuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan di perkampungan orang kafir, beliau akan menyamak kakinya. Ketelitian beliau dalam menjaga syariat, di mana beliau tidak pernah sekalipun bertentangan mata dengan kaum wanita walaupun dengan murid-murid beliau.Beliau juga akan menundukkan pandangan serta menyisihkan diri apabila bertembung dengan wanita. Beliau juga sangat menjaga isteri beliau, sehinggakan tidak pernah diperlihat oleh orang lain.

KERAMAT DAN KEWALIANNYA
Bakat dan kepimpinan beliau sudah lama terserlah. Seringkali beliau berulang –alik dari rumah ke pondok pengajian yang agak jauh. Keadaan beliau menimbulkan kehairanan kepada orang-orang yang sering memerhatikan kelakuan beliau. Diceritakan pula, bahawa terdapat tiga orang lelaki yang mengintai kelakuan Haji Abdul Rahman Limbong, dimana beliau dapat menghilangkan diri dari pandangan manusia. Apabila ketiga-tiga lelaki tadi pergi ke tepi sungai tadi, mereka tidak Nampak sebarang perahu atau rakit. Selain peristiwa itu, beliau juga pernah kelihatan duduk berselimut di atas batu yang agak besar di tepi sungai. Tiba-tiba beliau hilang dari pandangan dan telah pun berada di tepi tebing sungai tersebut. Mengikut cerita lain pula, beliau juga dipercayai tidak basah apabila ditimpa hujan. Keadaan yang sama pernah dialami oleh seorang muridnya, yang berteduh di dalam jubah beliau yang bersama-sama di dalam perahu menghilir sungai, manakala orang yang menjadi pengayuh basah ditimpa hujan.



PENENTANGAN 21 MEI 1928
Pada terikh keramat inilah, puncak kebangkitan penentangan rakyat ganung terhadap pihak penjajah yang telah melibatkan konflik berdarahapabila kemaraan patani telah ditentang oleh pihak kerajaan Ulu Telemong. Dalam peristiwa ini, Haji Abdul Rahman Limbong dikatakan orang yang telah mencetuskan pemberontakan. Pihak penjajah mengeluarkan ancaman untuk menangkap beliau. Akhirnya beliau menyerah diri di Istana Maziah. Atas tuduhan tersebut, beliau dihadapakan ke mahkamah . kebetulan kerusi yang diduduki beliau menghadap kea rah kiblat, maka beliau terus menerus solat sepanjang perbicaraan terus berjalan. Akhirnya, keputusan pihak Inggeris mengesyorkan beliau dibuang negeri ke Makkah.
Walapun beliau telah dibuang ke Makkah, perjuangan beliau masih utuh dan terus menerus dalam menegakkan kebenaran di atas muka bumi Allah ini. Setelah sekian lama berkhidmat di Makkah, akhirnya beliau meninggal dunia kerana menghidap penyakit dalam perut. Berakhirlah perjuangan seorang ulama yang cukup berpengaruh di dalam masyarakat Terengganu sehingga hari ini.
TAKBIR!! Allahuakbar 3x!

Monday, February 8, 2010

Tatapan buat Al-Hurun.



Kadang-kadang, kita ni sering terlepas pandang dengan perkara-perkara yang kecik. Terutamanya percakapan kita. Tanpa kita sedari, hidup kita pada hari ni adalah hasil usaha kita pada waktu lampau. Kata-kata adalah satu doa, macam mana doa ni mempengaruhi hidup kita??? .Doa itu senjata mukmin. Semoga segala apa yang kita aminkan, sama dengan amin malaikat..InsyaAllah. Entry kali ni, ana nak kongsi dgn sahabat2 tentang sebuah artikel yang ana baca. Sebelum tu, ana nak minta maaf buat sahabat2, kerana kesibukan dunia buatkan ana kadang2 leka dalam menjalankan amanah Allah (dakwah)...sama2 kita saling mengingati..
Ana ingin menceritakan sebuah kisah yang telah dipetik dari majalah MANAR ISLAM, di mana telah menceritakan tentang kisah seorang gadis yang melampau, menerima padah disebabkan oleh diri sendiri. Pada suatu hari, seorang gadis yang berpakaian yang sangat menjolok mata menaiki sebuah bas yang menuju ke Wilayah Iskandariah. Pemakaian gadis itu adalah disebabkan betapa kuatnya pengaruh cara hidup masyarakat Barat. Malangnya, walaupun tinggal di bumi yang mengamalkan ajaran Islam, namun masih lagi umat manusia yang tidak takut akan larangan Allah.

Gadis tersebut berumur dalam lingkungan 20 tahun. Ketika di dalam bas,seorang gadis tersebut telah ditegur oleh seorang tua yang beruban penuh di kepala. Kata orang tua itu, "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
Selepas sahaja teguran penuh makna itu disampaikan, gadis itu terus menjawab dengan jeleknya. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Hemburan kata-kata tadi dan diikuti tawanya yang mengejek panjang sangat menghiris perasaan orang tua itu .Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. NAUZUBILLAH HIMINZALIK!!

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis itu. Seluruh penumpang di dalam bas itu turut terdiam dan ada yang menggelengkan kepala kebingungan mendengar keceluparan mulut gadis itu. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian..
Gadis yang bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut turut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi datang dan memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya, menunjukkan gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana yang cemas itu, tiba tiba tubuh gadis itu tersungkur ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar menyelamatkan jenazah gadis tersebut. Tapi , alangkah terkejutnya . Suatu kejadian yang aneh telah terjadi.Jenazah gadis itu telah terbujur kaku dan mayatnya menjadi hitam seolah-olah sesudah dibakar api. Lebih dasyat lagi, apabila mayat gadis tadi disentuh , tangan mereka teris terasa panas dan hampir melecur .




Nauzubillah, sahabat2..hendaklah kita ketahui, bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala apa yang berlaku. Kisah ini diceritakan adalah bukan untuk membuka aib sesiapa, tapi unutk dijadikan iktibar dan pengajaran..awasilah setiap detik langkah, tutur kata dan perlakuan kita. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Ingatlah sahabat2 , kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap dan pasti berlaku pada diri kita.. Janganlah kita melawan Tuhan Rabbul alamin. Macam mana dikatakan melawan??Apabila kita enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti kita ingin melawan arahan Tuhan. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita kerana MATI ITU PASTI!!

Monday, January 11, 2010

LA TAHZAN!


Awaken
by Ralph S. Marston, Jr.

In your life
A new day is dawning
Awaken and touch the beauty

Wherever you've come from
Whatever you've been
New possibilities beckon
Right here and now
Awaken and make them real

There was a time when you held in your heart
The most magnificent of dreams
A time when life seemed to carry
Endless promises and possibilities

Those dreams are still with you
Awaken and bring them to life

What you long for
Is longing for you
What you dream of
Is what you are meant to create

The doubts you have exist only in your mind
The anxieties that seem so burdensome are of your own making
Now is the moment to awaken,
and allow those doubts to melt away

Awaken, and dive deeply into the beauty of this moment
Allow your spirit to fully experience the richness of it all

Awaken
Allow peace to fill you completely
Let it touch your deepest longings
Let it bring those longings to life
Your most treasured possibilities are real,
If you will simply let them live through you

Awaken to this moment, and life begins anew
Reach inside, and allow
your most treasured
dreams to awaken with you
Into a bright and shining new day

Remind yourself again and again
Of how beautiful life can be
Remind yourself again and again
That you can make it so

Awaken
Step boldly and lovingly forward
Into this day

You've already come
So very far

You're stronger, more experienced
and more determined than ever
To fulfill those longings
That tell you who you are

Now is your moment to create real meaning
Now is your moment to awaken
And to truly and fully live

© 2006 Ralph S. Marston, Jr.
On the web at http://awaken.greatday.com

Allah is my love