Monday, February 8, 2010

Tatapan buat Al-Hurun.



Kadang-kadang, kita ni sering terlepas pandang dengan perkara-perkara yang kecik. Terutamanya percakapan kita. Tanpa kita sedari, hidup kita pada hari ni adalah hasil usaha kita pada waktu lampau. Kata-kata adalah satu doa, macam mana doa ni mempengaruhi hidup kita??? .Doa itu senjata mukmin. Semoga segala apa yang kita aminkan, sama dengan amin malaikat..InsyaAllah. Entry kali ni, ana nak kongsi dgn sahabat2 tentang sebuah artikel yang ana baca. Sebelum tu, ana nak minta maaf buat sahabat2, kerana kesibukan dunia buatkan ana kadang2 leka dalam menjalankan amanah Allah (dakwah)...sama2 kita saling mengingati..
Ana ingin menceritakan sebuah kisah yang telah dipetik dari majalah MANAR ISLAM, di mana telah menceritakan tentang kisah seorang gadis yang melampau, menerima padah disebabkan oleh diri sendiri. Pada suatu hari, seorang gadis yang berpakaian yang sangat menjolok mata menaiki sebuah bas yang menuju ke Wilayah Iskandariah. Pemakaian gadis itu adalah disebabkan betapa kuatnya pengaruh cara hidup masyarakat Barat. Malangnya, walaupun tinggal di bumi yang mengamalkan ajaran Islam, namun masih lagi umat manusia yang tidak takut akan larangan Allah.

Gadis tersebut berumur dalam lingkungan 20 tahun. Ketika di dalam bas,seorang gadis tersebut telah ditegur oleh seorang tua yang beruban penuh di kepala. Kata orang tua itu, "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki...."
Selepas sahaja teguran penuh makna itu disampaikan, gadis itu terus menjawab dengan jeleknya. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Hemburan kata-kata tadi dan diikuti tawanya yang mengejek panjang sangat menghiris perasaan orang tua itu .Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat. "Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka
jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. NAUZUBILLAH HIMINZALIK!!

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis itu. Seluruh penumpang di dalam bas itu turut terdiam dan ada yang menggelengkan kepala kebingungan mendengar keceluparan mulut gadis itu. Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian..
Gadis yang bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas.
Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut turut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua tadi datang dan memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya, menunjukkan gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.
Dalam suasana yang cemas itu, tiba tiba tubuh gadis itu tersungkur ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar menyelamatkan jenazah gadis tersebut. Tapi , alangkah terkejutnya . Suatu kejadian yang aneh telah terjadi.Jenazah gadis itu telah terbujur kaku dan mayatnya menjadi hitam seolah-olah sesudah dibakar api. Lebih dasyat lagi, apabila mayat gadis tadi disentuh , tangan mereka teris terasa panas dan hampir melecur .




Nauzubillah, sahabat2..hendaklah kita ketahui, bahawa sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala apa yang berlaku. Kisah ini diceritakan adalah bukan untuk membuka aib sesiapa, tapi unutk dijadikan iktibar dan pengajaran..awasilah setiap detik langkah, tutur kata dan perlakuan kita. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.

Ingatlah sahabat2 , kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap dan pasti berlaku pada diri kita.. Janganlah kita melawan Tuhan Rabbul alamin. Macam mana dikatakan melawan??Apabila kita enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti kita ingin melawan arahan Tuhan. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita kerana MATI ITU PASTI!!

No comments:

Post a Comment

Allah is my love