Wednesday, September 2, 2009

HAK WANITA??

Enam pujian untuk Kartika

Date: Wednesday, September 02 @ 01:00:00 MYT

Topic: Artikel

Oleh: Maryam Muneerah

Baru-baru ini telah di gemparkan dengan isu yang sangat kontroversi dan menjadi isu perdebatan yang sangat hebat serta menjadi paparan utama bagi media tidak kiralah di surat khabar, radio,televisyen, blog-blog dan seumpamanya turut memberi pandanngan masing- masing terhadap isu ini.


Oleh itu, saya berpandangan isu ini amat berat dan tidak sewajarnya diketepikan dan dibuat main-main kerana ia melibatkan isu agama dan martabat undang-undang Islam yang tidak boleh dipandang enteng dan di angap remeh.

Berkenaan isu hangat seorang wanita yang dikenali sebagai Kartika Sari Dewi Shukarno yang terlibat dalam kes minum arak dan dikenakan hukuman 6 kali sebatan adalah WAJAR dan sewajarnya hukuman tersebut hendaklah mengikut hukum hudud.

Jika mengikut keputusan Mahkamah TinggiSyariah Kuantan yang menjatuhkan hukuman denda dan juga enam (6) kali sebatan terhadap model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarno atas kesalahan meminum arak.

Saya memuji tindakan kartika kerana :

1) Kartika Wanita Mengutamakan Agama

Kita mengetahui bahawa kes sebatan beliau menjadi isu hangat dan berkepentingan terhadap sesetengah pihak yang mengambil peluang tetapi wanita ini amat bijak tindakannya apabila menyedari keadaan dirinya yang sangat keliru, kacau bilau dan tertekan oleh itu Kartika Sari Dewi dan anggota keluarganya mengambil langkah bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kes dan kejadian yang berlaku.

Mufti Perak ini menasihatinya supaya bertenang dan bersabar menunggu penyelesaian terbaik berhubung kes berkenaan.”Mufti kemudian menelefon ketua hakim syariah di Perak supaya menghubungi (ketua hakim syariah) Pahang untuk berbincang bagaimana menyelesaikan masalah kartika ini.

Ini adalah kata-kata kartika ketika meluah kepada Mufti Perak ”…saya dapat luahkan kepada Mufti, dan memang saya menangis di hadapannya apabila beliau bertanya, kenapa saya tidak mahu merayu (sebelum dijatuhkan hukuman)… beliau memang memahami saya…saya jelaskan semua kepada Mufti,” katanya. Kata- kata kartika lagi : “Saya akan terima hukuman di dunia. Hukuman di akhirat kelak biar Allah s.w.t yang menentukannya. Saya menghormati keputusan mahkamah dan mengaku itu kesalahan saya, bukannya kesalahan ibu bapa, keluarga saya atau orang lain, “Saya anggap ini ketentuan Allah dan balasan kepada saya kerana memandang ringan soal agama. Sekiranya kejadian ini tidak berlaku mungkin saya masih lagi ‘hanyut’ dalam keseronokan dunia.

2) Kartika Wanita Berani

Ini kerana Beliau adalah satu-satunya wanita yang berani di sebat di malaysia ini dan mahu ditunjukkan dikhalayak ramai supaya masyarakat mengambil pengajaran di atas kesalahannya ini menunjukkan bahawa hukum Allah jangan di pandang enteng, serta beliau sangup dan redha diatas hukuman yang dikenakan keatasnya. Serta mengakui kesalahan yang telah beliau lakukan.

3) Kartika Wanita Berpendirian Teguh

Telah terserlah sebenarnya yang keyakinan dan kesediaan Kartika secara rela dan insaf untuk dihukum mengikut hukum Islam berjaya memeranjatkan ramai pendiri sekular dan penyokong liberal. Kartika juga teguh dengan pendiriannya dan mahu dijatuhkan hukuman serta tidak ingin mahu merayu lagi. Walaupun :

a) Terdapat ura-ura Sisters in Islam (SIS) telah meminta Majlis Peguam supaya mendapatkan peguam untuk kartika supaya memfailkan permohonan rayuan di luar tempoh masa untuk kes Kartika.

b) Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib mengesa kartika membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum.

c) Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menasihati kartika supaya memohon semakan atau mengemukakan rayuan berhubung perkara itu.

d) Terdapat beberapa pandangan NGO yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat oleh mahkamah dan memintanya mengemukakan rayuan, wanita itu berkata keputusan untuk menjalani hukuman sebat itu tidak akan berubah.

Disini kita semua dapat melihat bahawa terdapat pihak-pihak tertentu yang cuba untuk mengelirukan pemikiran kartika terhadap hukuman keatasnya malah bukan untuk memberi semangat atau pujian terhadap keberanian kartika disebabkan mahu mengikut undang-undang Islam malah ingin membantunya lagi supaya megenepikan hukuman tersebut.

4) Kartika Wanita Tauladan

Saya cukup kagum dengan tindakan Kartika kerana beliau adalah seorang wanita islam pertama di Malaysia yang memberi tauladan dan menunjukkan contoh terbaik kepada kita semua. Ini kerana beliau redha dan sabar keatas hukuman yang dikenakan.

Wanita ini juga menyatakan ingin disebat di khalayak ramai kerana ingin memberi pengajaran kepada semua rakyat Malaysia. Sikap dan tindakan beliau ini sewajarnya di contohi oleh semua pihak, selepas ini tidak kiralah mana-mana pihak yang terlibat dengan arak atau jenayah lain yang sewajarnya menerima hukuman yang di tetapkan oleh Islam.

Dia juga menasihati golongan muda agar supaya tidak melakukan perkara yang boleh membawa aib kepada diri dan juga keluarga.

5) Kartika Wanita Sabar

Kesabaran kartika ini memberi pedoman pada saya jika kita melihat beliau sangat sabar apabila mengetahui keadaan dirinya dikenakan hukuman. Beliau juga sangat bersabar apabila mengetahui hukuman terhadap dirinya ditanguhkan selepas ramadhan ini, sedangkan beliau mahu hukuman ini disegerakan.

6) Kartika Wanita Bersungguh – Sungguh

“Saya beri masa kepada JAIP (untuk melaksanakan hukuman sebat), selepas Ramadan ini kita lihat macam mana,” kata kartika kepada pemberita malaysiakini ketika ditemui di rumahnya di Sungai Siput, Perak semalam.

Kata- kata kartika ini menunjukkan bahawa beliau sangat bersungguh- sungguh supaya hukumannya di percepatkan. Saya berpendapat sewajarnya hukuman sebatan ini di percepatkan kerana sesuatu yang baik itu perlu dipercepatkan kerana bimbang pesalah akan berubah hati.

Saya benar-benar kecewa apabila ada pihak yang mengatakan bahawa hukuman sebat tidak wajar dan harus di mansuhkan di Malaysia, adakah mereka tidak tahu atau takut dengan hukuman tersebut ? sebenarnya bagi peminum arak mengikut hukuman hudud yang ditetapkan bagi kesalahan mengambil alkohol yang menjadi perdebatan di kalangan ahli fekah, antara 40 hingga 80 kali sebatan).

Saya berpendapat bahawa pihak berkenaan harus mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perbezaan sebatan mengikut islam dan sebatan yang telah dilaksanakan di malaysia yang rata-rata masih tidak mengikut cara islam dan menyiksakan.

Saya memandang kes Kartika dan tindakan beliau ini mempunyai banyak hikmahnya keatas kita semua dan juga saya melihat kes ini ada sesuatu yang tersirat yang perlu semua pihak buka mata dan mengcungkil sedalam-dalamnya tanpa memburuk-burukan pesalah tetapi melihat hikmah dan keadilannya, saya ingin berkongsi dengan anda semua apa hikmah di sebalik kes ini menurut pandang sisi HELWA MPMUM :

1) Membuka mata pelbagai pihak tentang pelaksanaan hukum Islam.

2) Bahawa pemimpin yang memimpin negara Malaysia ini masih tidak memahami sebenar-benarnya hukum Islam dan menjadi tangungjawab ahli-ahli agama menerangaknnya.

3) Inilah masanya Ahli-ahli Agama, ulama’-Ulama’, pemerintah- pemerintah memberi kefahaman sebaik-baiknya kepada masyarakat tentang hikmah pelaksanaan hukuman

Islam. Sesungguhnya hukuman islam sebenarnya adalah adil dan memberi manfaat kepada semua.

4) Memberi tahu bahawa masyarakat bahawa undang-undang di Malaysia ini masih tidak mengikut syariat walaupun malaysia adalah agama rasmi negara.

Mengapa terdapat banyak pihak yang takut dan bimbang serta mengatakan sebatan keatas Kartika adalah zalim dan melanggar hak asasi manusia jika memandang sebatan sedangkan sebatan keatas beliau jika mengikut landasan islam adalah wajar rujuk hukuman tersebut yang telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002.

Saya juga berpendapat bahawa tidak sewajarnya sesorang itu terutamanya seorang muslim yang mempertikaikan hukum Islam kerana setiap hukum yang diturunkan adalah dari Allah.

Jika hukum dari Allah pasti mempunyai hikmah yang tersirat.Mengapa pula terdapat individu yang cuba merendahkan hukum yang di tetapkan oleh Allah. Walaupun kartika telah insaf dan bertaubat tetapi hukuman yang dikenakan wajar dilaksanakan kerana itu yang termaktub dalam undang-undang Allah.

Kejadian ini juga banyak membuka mata semua pihak bahawa di pihak perundangan Islam,kerajaan negara sendiri masih belum bersedia untuk melaksanakan hukum Islam itu sendiri,saya ingin bertanya pada pihak kerajaan negara dan pihak jabatan Agama jika terdapat individu yang bersalah seperti berzina dia sangup direjam atau disebat adakah pihak kerajaan negara kita yang di pimpin oleh Datuk Najib bersedia untuk mengamalkan hukum hudud tersebut jika rakyatnya menginginkannya.

Harapan saya semoga dengan kejadian kes kartika ini dapat mengetuk hati dan jiwa yang masih tidak sedar tentang keutamaan mendahulukan agama. Semoga Kak kartika tabah menghadapi ujian ini dan diberi kekuatan.

Mana pihak yang cuba untuk mengambil peluang untuk mengelirukan dan menyerabutkan pemikirannya harap dapat hentikan, tetapi diharapkan agar semua pihak dapat menghormati keputusan nekad Kartika dan sokonglah pendirian Kartika yang bersedia menghadapi hukumannya kerana dia seorang wanita yang mulia. Saya akhiri dengan sepotong ayat Al-Quran dan hadith mengenai arak :

Surah al-Maidah 5:90 (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman. Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Dalam satu hadis yang masyhur, Nabi Muhammad s.a.w. menyifatkan arak sebagai ibu atau kepala kepada segala maksiat. Hukum haram arak itu pula tidak terbatas hanya kepada peminumnya, sebaliknya itu turut diharamkan kepada beberapa pihak lain yang terlibat dengan penyediaan arak.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Dalam persoalan arak ada 10 orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuat, pengedar, peminum, pembawa, pengirim, penuang, penjual, pemakan hasil wangnya, pembayar dan pemesannya. (hadis riwayat Anas).

Berdasarkan hadis ini, amat jelas sekali bahawa bukan sahaja peminum, malah penuang dan pembawa arak itu juga sama-sama dilaknat oleh Allah.

———

*Penulis ialah mahasiswa Fakulti Bahasa dan Linguistik. Prihatin pada hal-hal mahasiswi dan kewanitaan disamping suka kepada semua yang berwarna merah. Dedikasi beliau kini dicurahkan sepenuhnya di bahagian Hal Ehwal Wanita Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (HELWA MPMUM).






This article comes from Detikdaily

No comments:

Post a Comment

Allah is my love