Saturday, August 1, 2009

Buat hati ku yang terluka ...


Tidak tahu apakah luahan ini.Di persimpangan ini terhuyung-hayang, cuba aku gapai pangkal emosi ku yang berkancah dalam detik konflik diri ini yang penuh dengan mehnah dan tribulasi. Cuba aku bersikap rasional merungkai satu persatu agar dapat ku simpulkan seadanya jasad kerdilku ini dalam penghambaan kepadaNYA. Kerana aku sedar, sesuatu yang berlaku mungkin tidak aku tangani merungkainya dan ada hikmahnya..
Bila mencari titik permulaan terasa satu penghalang menyekat imaginasi ku mendebik dada melawan karenah emosi. Ya, emosi selalu kental dalam perjuangannya merendahkan peringkat imaniah seseorang. Kadang-kala aku juga kecundang dengan kawalan emosi ku. Tetapi, masih tidak tersungkur ketika aku sedar bagaimana emosi mempermainkan diri ini.
Tetap buntu merobek persoalan di jiwa. Secebis jiwa kotor yang tidak tahu sekudus mana mengharapkan pengharapan dariNYA. Tidak tahu, sebanyak mana korban 'hamba' sepanjang usia ini,kerana perjuangan masih belum selesai.Masih banyak tanggungjawab yang diamanahkan.Kadangkala,hati ini menjerit ketakutan kerana takut tidak mampu menggalas amanah yang ditugaskan..Aku insane kerdil ya Allah..tidak lari dari alpa dan melakukan dosa..
Antara perjuangan dan sahabat, perjuangan dan iman. Saling bergandingan antara satu sama lain. Kurang satu akan runtuhlah tiang-tiang yang lain. Persis tiang-tiang solat dalam pembentukkan Tauhid-imaniah seseorang. Pelengkap antara satu sama lain. Kedua-duanya amat penting dalam diari hidupku,sebagai mahasiswi mujahidah..
Akal, Ilmu dan Iman semakin terpelosok bila hati dirasuk emosi. Kalau sebelumnya, "Ya, aku seorang manusia. Aku yang akan merubah dunia berpandukan landasan yang benar dan mengikut syariat Islam. Aku mampu berdepan dengan cabaran".
Emosi sudah tentu lebih kuat dari hari-hari kelmarin. Iman pula, bagaimana? Kerana kita tahu, manusia adalah sama kecuali tahap keimanan dan taqwa diri seseorang.
Mungkin ini juga beremosi. Tetapi khas buat hati ku luka ini aku sembuhkan. Tidak layak aku membicarakan segalanya jika aku masih sebegini. Perasaan aku cukup melampaui karenah nafsu emosi bermaharaja lela dalam dunia ku ini.. Realiti hidup kita, tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Ini dunia kita.Usah gelisah dipanah rasa bersalah..sekali maju ke hadapan,takkan ku toleh lagi ke belakang..Maju terus maju..
Biar lumpuh segala sendi,biar patah semua tulang dan biar mati dicincang lumat…
Akidah ini takkan di GADAI,teruskan berjuang untuk Allah..kerana kita hanya punya ISLAM….
TAKBIR 3X!

No comments:

Post a Comment

Allah is my love