Saturday, February 26, 2011

Bio-Solat


In the Name of Allah, The Most Gracious and most Merciful.

Solat dan kesihatan??
pernah tak kita dengar, dengan solat sebenarnya kita sudah pun bersenam. Fakta yang dipetik dari buku berjudul “Rasulullah tidak pernah sakit”, menyatakan terdapat lebih 656 otot di dalam tubuh kita yang beberapa daripadanya mengalami peregangan, pergerakan dan pengenduran semasa gerakan solat. Subhanallah.., hebat bukan? Sebenarnya , hari- hari kita sudah pun bersenam. Antaranya:

Thumani’nah

- Thuma’ninah atau berhenti seketika. Rutin solat menjadi masa rehat daripada aktiviti rutin dunia sehingga, tubuh, hati dan fikirankita menjadi segar kembali.

Berdiri
- Berdiri tegak dan lurus menjadikan titik tumpuan di mana beban tubuh tertumpu pada kedua-dua telapak kaki secara seimbang. Secara ortopedik, rutin ini melatih kekuatan tulang pada kaki dan ekstremiti bawah menerima menampung beban tubuh secara rutin.



Takbir

- Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram memudahkan nafas dihirup. Waktu itu paru-paru mengembang dan otot diafragma mendatar. Mendakap tangan ke dada memberikan kesan yang sebaliknya di mana paru-paru mengempis dan mengeluarkan nafas.

Duduk iftirasy

- Duduk iftirasy menjaga kesihatan sendi dengan mengaktifkan kelenjar peluh yang dilipat pada bahagian paha. Bertemunya lipatan peha dan betis meningkatkan pengeluaran peluh . ini mampu mencegah pengapuran dengan mengeluarkan mineral dan garam-garam yang mungkin ada pada lipatan paha.

Sujud

- Sujud yang wajib sebanyak 34 kalisehari menjamin aliran darah ke arah otak, khususnya darah di saluran vena. Ini menyebabkan pengembalian darah menuju jantung dengan lebih mudah.

Rukuk

- Posisi rukuk terutama ketika terjadi peralihan iktidal, member tekanan pada pundi kencing oleh tulang belakang dan tulang kemaluan. Ini melancarkan proses membuang air kecil dan mencegah gangguan prostat.




Salam

- Gerakan salam adalah memutarkan kepala ke kanan dan ke kiri barguna bagi meregangkan otot-otot kepala dan leher. Ini menjadi senaman ringan dalam memelihara keanjalan wajah utuk awet muda.

Transisi

- Pergerakan daripada satu kedudukanke kedudukan lain berlakusekurang-kurangnya 85 kali sehari mempengaruhi organ-organ pencernaan, system pembuangan, jantung dan salur darah.



~~ sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas setiap apa yang diperintahkan pada hambanya. Kejarlah redha Allah, selagi jasad dikandung badan.....hamba hina

Friday, January 28, 2011

Umar menangis, kemudian ketawa


Entry kali ni, saya ingin berkongsi suatu kisah yang menarik yang belum pernah saya ketahui kisahnya sebelum ni. Kisah ini dipetik dari ‘ Sejarah Muhammad Bin Abdullah’ tulisan Zulkifli Mohd Yusoff dan Nor NaemahAbd. Rahman.
Dalam satu peristiwa,para sahabat pernah melihat Saidina Umar bin Al-Khattab menangis kemudian tertawa tanpa sebab yang jelas. Semua sahabat tidak berani bertanya apa yang telah terjadi pada Umar, kerana beliau terkenal dengan sifatnya yang berani dan tegas.
Akhirnya ada yang berani bertanya, “ Wahai pemimpin orang Islam, kenapa kamu menangis kemudian tersenyum tanpa sebab yang kami fahami”,. Kemudian, Umar bercerita. “sebelum datangnya cahaya Islam pada diriku, pernah dahulu aku dan orang-orang kafir Quraisy sangat membenci anak perempuan, kerana dipercayai anak perempuan akan membawa sial dalam keturunan. Ketika aku mendapat berita tentang kelahiran anak perempuanku, saat kelahirannya lagi sudah bermula kebencianku pada anak perempuanku. Aku pendam perasaan benciku yang membuak-buak. Aku sabar sehingga umurnya enam tahun. Dan aku sudah tidak tahan lagi.


Pada suatu hari, aku membawanya ke padang pasir dan menggali lubang. Dia menyangka aku membawanya untuk bermain-main dan berkelah. Oleh sebab itu, dia turut sama membantuku menggali lubang. Apabila lubang sudah siap digali, aku menolak dia ke dalam lubang dan aku mula menimbusnya dengan pasir. Anakku yang masih belum tahu niatku, masih ingat aku bermain-main dengannya. Dia juga turut tolong mengibaskan pasir-pasir yang ada pada janggutku serta pakaianku. Tetapi dengan kejam, akhirnya aku menimbusnya hidup-hidup tanpa rasa belas kasihan. Begitulah kehidupan kami sebelum kehadiran Muhammad. Kami memuliakan anak lelaki dan menghina anak perempuan, bahkan membunuh mereka hidup-hidup. Maha Besar Tuhan , Maha Baik Tuhan yang menghantar Muhammad. Baginda telah meletakkan perempuan di tempat yang mulia. Aku tersangat bersyukur atas nikmat ini. Itulah sebabnya, apabila kau teringat kisah ini, aku menangis”,


Umar berkata lagi, “ berkenaan mengapa aku tersenyum dan ketawa. Pada suatu ketika, aku keluar dari Bandar Makkah. Apabila keluar dari Bandar Makkah, kami biasanya membawa batu dari Makkah untuk dijadikan sembahan. Tapi, pada hari itu, aku terlupa membawa batu tetapi, aku ada membawa buah tamar. Jadi, aku jadikan berhala daripada kurma. Aku sembah kurma itu. Tika dalam perjalanan, apabila makanan aku habis. Mulalah aku makan Tuhan aku itu sedikit demi sedikit. Apabila aku teringat kisah ini, aku ketawa sendirian”,

Monday, January 24, 2011

Tarbiyyah vs Bowling




Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Follow excellence......success will chase you.!

Allahumma Yassir wala Tuassir Ya Kareem..rintihan seorang hamba hina di saat menghina diri di hadapan TuhanNya. Itulah kalimat yang sentiasa dirayu oleh seorang hamba kpd Allah agar dipermudahkan segala urusan serta diberikan kekuatan dariNya untuk menempuh hari2 mendatang .

Allah hu Ya…, bagaikan tersedar dari lamunan yg panjang. Rupanya , aku ni dah tahun akhir..masyaAllah, byk lagi perkara yg belum aku setelkan..psm..psm.., setiap hari muka ni lah yg pertama mengadap incubator, radas2 dn segala khazanah yg ada dlm lab..penat, Tuhan je tahu.. satu hal lagi, si Bacillus Antracis.!aduyai, napelah tak grow2..kalau tak grow jgk, habislah psm aku..camne aku nak jawab ngan supervisor nanti. Bila jumpe je, dr mesti tye..hmm, raehan mana plate yg saya nak?..dgn innocent nya aku menjawab , tak grow lg la dr, nanti sy incubate lama sikit..( tersengih) huh, nak je aku jawab, dah nak buat mcm mana dr, semua takdir Allah..hehe.

Dalam keserabutan minda dan kekacauan jiwa…tetiba tdengar deringan lagu Maher Zain…InsyaALLAH…InsyaALLAH…tanda ada mesej baru masuk dalam inbox handphoneku.

“Salam shbt…kita akan pertandingan bowling kat Skupa..msg dari kak hazila
Bowling?!! Aduh, lecehnya. Dahla aku pakai baju muslimah, nk main bowling lak. Boleh k? Hey muslimat, kata real. Tak kan main bowling pun tak boleh? ..eh, ni tak boleh..kena buktikan musliamat power!..

Tapi, yang sedihnya, time tu aku n kakak yang lain sdg mencari keTenangan di suatu tempat. So, tak dapat nak join ngan shbt2..kalu join mesti best.mesti aku yang paling byk strike masuk longkang ..aiseh..
Sdg asyik menyelak buku, mok (kak sai) menyapaku. “Rehe, dpt tak msg”?.
Mesej?mesej gapo mok?aku cuba mengajuk loghat cik siti wan kembang

Salam a’laik. Tahniah kpd yg Berjaya men bowling tadi, maaf coz start lambat. Disebabkan kita adalah ….so, selepas bergumbira td. Mestilah ada task. Tasknye adalahsume org perlu menulis satu cerpen yg berkaitanbowling dalam aspek tarbiyyah. Yg tak dtg pon kena tulis jugak..

Hm..sami’na wa ato’na..getus hatiku.
Jadi, setelah bercerita panjang lebar di atas. Ne je msg penting yg ana nak bagtaw :
Hmm..cakap pasal bowling, ape kita dpt relate kn ngn tarbiyyah?..



Tarbiyyah jasadiyyah :

- Kita sebagai tentera Allah, hendaklah bersifat cergas dan tangkas. Cthnye, bola bowling.nak angkat bola bowling pun perlukan tenaga, sb beratnya sama mcm berat batu-bata. Tersalah baling, bukan pin yg dituju, tapi shbt2 yang ada kat belakang.(1st time experience)..oleh itu, bowling merupakan salah satu medan tarbiyyah jasadiyyah. Seperti mana sahabat2 rasa di T*, tapi tak la sehebat T* .
# Sesungguhnya mukmin yang kuat lebih disayangi Allah berbanding mukmin yang lemah.

FOKUS
- Maen bowling bukan semudah main baling bola selipar untuk mendapat jeritan STRIKE!!, hm..fokus yg tinggi amat penting bagi menjatuhkan kesemua pin yang ada. Bila hilang focus, masuk longkang la jawapnye..so, sbg ahli yang ditarbiyyah dgn tarbiyyah jemaah islam, kita seharusnya mempunyai tahap kefokusan yang tinggi dalam melaksanakan gerak kerja islam. Selain focus , kita juga perlu teliti dalam melaksanakan sesuatu hal. Kerana,
# Saidina Ali R.A ada menyatakan bahawa, kebatilan yang tersusun dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.


Sekian saje, dari saya ..mohon maaf atas segala keterlanjuran bahasa yang digunakan.
~ sekadar coretan semata2..

Sunday, January 9, 2011

Jangan pernah lupakan dua insan ini

Ma, balik nanti nak guna keta abah ae. kata Zara (bukan nama sebenar).
Nak g ,mana?emak bertanya dengan hambar. Sudah masak dengan perangai anaknya, bila cuti ada agenda yang tersendiri.
Keesokan paginya, abah sudah bersedia memeriksa keadaan kereta, memastikan minyak penuh dan terus parking di depan rumah.

Situasi di atas mungkin sering berlaku pada sahabat-sahabat yang giat berkecimpung dalam bidang dakwah, sesekali pulang ke kampung aktif pula dengan liqa’anak negeri dan sebagainya. Keadaan ini telah melimitkan masa shbt2 bersama keluarga terutama mak ayah. Saya sentiasa memerhatikan sahabat2 yang lincah berorganisasi dalam siasah, ligat dalam dakwah, aktivis2 mahasiswa yang hebat memperjuangkan islam di pentas kampus dan sebagainya. Namun, saya yakin dan pasti di sebalik kehebatan mereka pasti ada 2 insan ini yang paling dan lebih hebat berjasa dan menjadi tulang belakang serta pencetus pada perjuangan mereka.

Sekadar perkongsian buat sahabat2, buat peringatan untuk diri saya juga. Di mana kita berada, di mana kita melangkah dan apa jua yang kita perjuangkan , jangan pernah kita melupakan dua insan ini yang telah menjadi tulang belakang kita untuk terus kita menjadi insan yang hebat dan berjaya.

Saya yakin, ada ibu bapa mereka yang memahami tentang pejuangan dakwah anak-anak mereka di kampus dan ada yang sebaliknya. Namun , yang pasti tanpa mereka, siapalah kita. Meraka adalah sendi kekuatan kita untuk kita terus berjuang dalam bidang dakwah ini. Hanya kita yangn tahu, apa yang kita perjuangkan. Ketika semua org tidak memahami kita, ibu bapalah yang paling rapat kita luahkan segala isi masalah yang kita alami.

Ingatlah, sahabat2..siapa kita hari ini, sebenarnya ada dua insan mulia yang telah menjadi tulang belakang kejayaan kita. Berusahalah untuk menjadi sesoleh atau sesolehah yang boleh untuk meraih redhaNya. Redha Allah terletak pd redhaibu bapa. Kita mungkin tidak mampu unutk membalas segala jasa yang telah mereka curahkan, namun kita dapat unutk bebakti kepada mereka.
Jangan sesekali pernah kita lupakan 2 insan ini..!



Friday, November 12, 2010

Beginilah Kita!

Setelah sekian lama menyepi dgn blog yang tak di update2. Kini ana kembali dengan membawa satu kisah yang cukup menyentap perasaan. Berderu-deru air mata mengalir saat menghayati kisah ini. Ana ingin berkongsi dengan sahabat- sahabat sekalian tentang satu kisah yang telah dipetik daripada majalah mastika pd tahun 2003.


Masa berlalu….
budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok mangga tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok mangga dengan wajah yang sedih.
“ Marilah bermain-main di sekitarku”, ajak pokok mangga itu.
“Aku bukan lagi kana-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,”jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya”, sambung remaja itu dengan nada sedih.
Lalu pokok mangga itu pun berkaadta : “ Kalau begitu, petiklah mangga-mangga yang ada pada aku. Jualkan untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang engkau inginkan.”
Budak remaja itu dengan gembira memetik semua buah mangga di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok mangga cukup merasa sedih.

Masa berlalu…..
Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok mangga tetap merasa gembira. “Marilah bermain-main di sekitarku”, ajak pokok mangga itu.
“Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan keluargaku.
“ Bolehkah kau menolong aku?” Tanya budak itu.
“Maafkan aku, aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dank au buatlah rumah daripadanya “, pokok mangga itu member cadangan.
Lalu, budak yang telah dewasa itu memotong kesemua dahan pokok mangga itu. Pokok tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana sahabatnya itu tidak pernah menemuinya.
Pada suatu hari yang panas terik, seorang lelaki datang berteduh di bawah pokok mangga yang sudah kembali rending itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang selalu bermain-main dengannya dulu.
Dia telah matang dan dewasa kerana itulah pokok mangga itu lambat mengenalinya.
“ Marilah bermain-main di sekitarku seperti dahulu”, ajak pokok mangga itu sebaik sahaja mengetahui siapa lelaki itu.
“ Maaf…aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku punya tanggungjawab sendiri. Rasa-rasa aku ingin berlayar, tapi malangnya , aku tidak mempunyao bot. “ Boleh kau tolong aku?”, Tanya lelaki itu..
“Aku tidak punya apa-apa untuk diberikan. Tapi kau boleh memotong batangku ini untuk dijadikan bot . kau akan dapat berlayar dengan gembira,” cadang pokok mangga.
Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang pokok mangga itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dan tidak pernah kembali lagi.
Berpuluh tahun kemudian, pokok mangga yang dahulu gagah perkasa kini hanyalah punggur, ternampak seorang lelaki tua berjalan menuju ke arahnya.
Setelah diamati dan direnung tajam, barulah dia mengenali siapa lelaki tua itu. Dia adalah budak lelaki yang bermain bersamanya dahulu.
“Maafkan aku. aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat perahu. AKU HANYA ADA TUNGGUL DENGAN AKAR-AKAR YANG HAMPIR MATI…”, kata pokok mangga itu dengan nada pilu.
“Aku tidak mahu manggamu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya. Aku juga tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk berlayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat:, jawab lelaki tua itu.
“ Jika begitu, sandarkanlah tubuhnu pada punggurku”, kata pokok mangga itu. Lalu lelaki tua itu menyandarkan badannya. Terasa enak berada dalam ‘pelukan’ punggur pokok mangga itu. Kedua-duanya menangis kegembiraan.


# Di sebalik kisah ini, terdapat pengajaran yang amat bermakna. Pokok mangga yang dimaksudkan adalah ibu bapa kita. Semasa kita muda, kita suka bersama mereka. Apabila meningkat remaja, kita perlukan bantuna mereka untuk meneruskan hidup. Kemudian, kita tinggalkan mereka dan hanya kembali apabila memerlukan pertolongan terutama ketika dilanda kesusahan.
Namun begitu, mereka tetap setia menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira. Kita mungkin terfikir yang budak lelaki itu kejam terhadap pokok mangga itu, tetapi itulah hakikatnya anak-anak masa kini mentaati ibu bapa mereka.
Hargailah dan sayangilah ibu bapa kita selagi hayat dikandung badan. Jangan hanya menyanjungi mereka semasa susah dan melupakan mereka tatkala senang. Apa faedahnya merayakan hari Ibu dan hari bapa, jika mereka diingati hanya cuma setahun sekali.
Sekadar renungan bersama.~

Allah is my love